Home Berita PAS Perak

PAS Hulu Kinta hulur bantuan rakyat PKP 3.0

36
SHARE

Oleh: Haikal Mohd Noh

Tambun: Pusat Khidmat PAS Dun Hulu Kinta dalam usaha mempergiat usaha menghulurkan bantuan kepada masyarakat dalam kawasan setempat yang terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Sumbangan yang dihulurkan adalah menerusi derma ahli dan jentera parti yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Pusat Khidmat PAS Dun Hulu Kinta yang diketuai oleh Penyelia Pusat Khidmat berkenaan, Ustaz Salleh Said.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan, berkata bahawa usaha ini adalah inisiatif sendiri daripada ahli-ahli diperingkat cawangan, pimpinan dan penyokong PAS serta para dermawan.

“Sebanyak empat buah rumah dikawasan PAS Cawangan Kampung Chik Zainal menerima bantuan bekalan makanan, manakala penerima kawasan PAS Cawangan Chemor Perdana dan Tanah Hitam seramai 39 buah isi rumah pula menerima sumbangan ayam segar.

“Selain itu, di PAS Cawangan Seri Desa pula, seramai 78 buah isi rumah dikenalpasti dan telah pun menerima sumbangan ikan segar sekitar lewat petang semalam,” ujarnya.

Dalam pada itu, turut disampaikan juga adalah bantuan berbentuk insentif tambah nilai prabayar kepada 3 pelajar terpilih dalam kawasan Kampung Chik Zainal kerana berhadapan masalah langganan pek internet untuk manfaat PdPR.

“Semoga dengan usaha ini dapat membantu penduduk sekitar yang amat memerlukan ketika ini. Pasukan Pusat Khidmat PAS Dun Hulu Kinta akan terus membantu mana-mana rakyat di sekitar ini, terutamanya dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika ini,” ujarnya.