Pesuruhjaya PAS Perak menang pencalonan YDP tanpa bertanding
Oleh Mohd Syamil Azhar LENGGONG, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria, walaupun tinggal jauh dari kawasannya, namun tetap disayangi ahli-ahli bawahannya apabila sekali lagi diberikan kemenangan tanpa bertanding sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS. Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak memenangi jawatan itu sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lenggong Kali Ke-18 yang diadakan di Resort Tasik Raban dekat...
PAS Padang Besar dapat ketua baharu
ARAU, 18 Okt: PAS Kawasan Padang Besar mendapat ketua baharu apabila Saad Seman dilantik selaku YDP kawasan tersebut bagi sesi 2021 - 2023.
Ucapan tahniah dan takziah jawatankuasa baharu PAS Kawasan Masjid Tanah
TAHNIAH dan takziah kami ucapkan kepada saff kepimpinan AJK PAS Kawasan Masjid Tanah sesi 2021-2023 yang telah diumumkan petang semalam di bawah kepimpinan YDP, Ustaz Imran Abdul Rahman. Kami daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah mendoakan agar pimpinan yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya. كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعيّتِه. -متفق عليه- “Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan...
Daftar niaga, kerjasama jabatan bantu usahawan kecil
MARANG - Seramai 14 orang usahawan kecil di kawasan Rhu Rendang telah terlibat dalam pendaftaran perniagaan dalam satu program melibatkan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang. SSM telah membantu daftar niaga usahawan ini melibatkan pendaftaran secara percuma beberapa orang peserta dan memudahkan urusan dalam program tersebut. Ketua Seksyen Operasi SSM, Mohd...
Kebersihan tanggungjawab bersama – ADUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU - Kebersihan merupakan tanggungjawab semua pihak baik di peringkat kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi bersama NGO Geng Plastik Ija pada Jumaat lalu telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Pantai Pandak, Chendering. Program tersebut juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat termasuklah para pengunjung yang hadir ke situ. “Apa...
Muzium Bukit Besi sasar kehadiran 36,500 pengunjung setahun
DUNGUN - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mensasarkan kehadiran 36,500 setahun ke Muzium Bukit Besi terutama peminat sejarah untuk menelusuri sejarah kegemilangannya seketika dahulu. Pengerusinya, Senator Dato Razali Idris berkata ia bukan sahaja menjadi tarikan kepada pengunjung dalam negara bahkan warga asing akan bertumpu terutama bagi mereka yang mempunyai nenek moyang yang pernah bekerja di lombong Bijih Besi. Katanya, pembinaan muzium berkenaan...
Pakai jaket keselamatan sepanjang masa bila berkunjung ke Tasik Kenyir
DUNGUN - Orang ramai dinasihatkan mengutamakan pemakaian jaket keselamatan sepanjang masa ketika berada di Tasik Kenyir bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini. Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato' Razali Idris berkata, pihaknya akan berbincang dengan pengusaha rumah bot, rumah rakit dan bot laju supaya langkah-langkah keselamatan dapat ditingkatkan termasuk mewajibkan pemakaian jaket berkenaan dapat diambil Katanya, tindakan tegas terhadap mereka yang masih ingkar mengenai...
Lima projek RMK -12 mampu rancakkan sosioekonomi Terengganu
KUALA TERENGGANU - Lima projek berskala besar melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan diteruskan di Terengganu bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan di negeri ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mustapa Mohamed berkata, antara projek itu ialah Taman Industri Polimer di Kertih di samping Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Kemaman, Pemuliharaan Muara Sungai di Besut, Dungun dan Setiu serta...
COVID-19 | Terengganu catat kes terendah sejak lebih dua bulan
KUALA TERENGGANU, 18 Oktober - Kes positif harian COVID-19 di Terengganu menunjukkan trend penurunan konsisten kepada 319 kes pada semalam, jumlah terendah sejak akhir Julai lalu. Berdasarkan data semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia yang dimuatnaik ke laman web COVIDNOW, kes harian di dalam negeri mencatatkan pengurangan kes harian sejak 3 Oktober daripada 827 kes. “Ini menjadikan keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 65,053...
Masjid al-Haram kembali normal
Masjidil Haram telah kembali beroperasi dengan kapasiti penuh, membatalkan penjarakan fizikal dan para jamaah menunaikan solat bahu-membahu untuk pertama kalinya sejak wabak koronavirus bermula. Pada hari Ahad, tanda lantai yang membimbing orang ke jarak sosial di dalam dan sekitar Masjidil Haram dikeluarkan. “Ini seiring dengan keputusan untuk meringankan langkah berjaga-jaga dan mengizinkan jemaah haji dan umrah dan pengunjung ke Masjidil Haram...