Home Berita PAS Sabah

PAS Papar ziarah mangsa ribut

70
SHARE

 

Oleh: Natasya Samsure

PAPAR: Kejadian hujan lebat yang disusuli dengan ribut telah melanda daerah Papar beberapa hari yang lalu telah meninggalkan kesan kepada sesetengah penduduk.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu telah menyebabkan kerosakan pada sebahagian bumbung dan sudut rumah.

Yang Dipertua PAS Papar, Abdul Salim Karim dan beberapa ahli Jabatan Amal telah turun padang bagi menyampaikan sumbangan berupa zink, papan lapus dan kayu untuk membaik pulih rumah mereka yang terkesan.

“Kami PAS Papar cuba sedaya upaya untuk mencari dana dan bantuan bagi membaiki rumah mereka yang rosak akibat hujan lebat dan ribut,” ujar Abdul Salim.

Kejadian hujan lebat yang turut disusuli ribut yang berlaku bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada atap rumah, malah ia juga telah menyebabkan bangunan kedai lama di Kimanis roboh.