MAFI, KPDNHEP pertingkat kerjasama stabilkan harga barang

KOTA BHARU, 13 Dis: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertingkatkan kerjasama mengembalikan harga normal barangan domestik dan industri susulan peningkatan kos keperluan sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri II MAFI, YB Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan sentiasa bertungkus-lumus memastikan harga barang stabil dan jika ada...

Usahawan perabot jana pendapatan penduduk setempat

BACHOK, 13 Dis: Usahawan belia, Muhammad Saifullah Ramli, 37, membuka kilang perabut jenama AA Furniture pada Jun 2020 bersama rakan kongsinya, Jeffry Khaidir di Kampung Beris Lalang. Bermodalkan RM200 ribu, Muhammad Saifullah, lulusan Ijazah Ukur Bahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, bertekad membuka kilang perabut untuk menjana pendapatan keluarga dan penduduk setempat. Kini, perniagaan tersebut mampu mengupah...

ADUN, NGO gembleng usaha bantu rakyat

PASIR PUTEH, 13 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim memuji keprihatinan golongan profesional yang aktif menganjurkan program kemasyarakatan bersama para pelajar di seluruh Kelantan. Beliau menghargai khidmat bakti Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor (PUSPA), dan Majlis Dakwah Negara (MDN) cawangan Kelantan serta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang menyumbangkan...

10 Pelajar PPWK DUN Kelaboran terima sijil

TUMPAT, 14 Dis: Sepuluh pelajar yang tamat Persijilan Kursus Jahitan Pakaian Wanita di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) bagi DUN Kelaboran semalam, hadir menerima anugerah penghargaan berserta sijil dan hadiah iringan yang disampaikan oleh ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan. Majlis Graduasi PPWK ini diadakan pada setiap tahun sebagai simbolik kepada kemuliaan ilmu graduan dan sebagai tanda pengiktirafan kepada...

ADUN Sungai Limau edar bantuan Beras Sejahtera

Oleh TASNIM MUSTAFFA SUNGAI LIMAU, 15 DIs - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengedarkan bantuan Beras Sejahtera kepada penduduk Sungai Limau, semalam. Program penyerahan sumbangan Beras Sejahtera itu berlangsung di empat lokasi di Sungai Limau melibatkan Kampung Gelam 2, Kampung Permatang Buluh, Kampung Permatang Tepi Laut serta Kampung Titi Batu. ADUN Sungai Limau itu...

Program Khitan Perdana raikan anak-anak asnaf

TUMPAT, 14 Dis: Seramai 146 kanak-kanak menyertai Program Khitan Perdana DUN Pengkalan Kubor 2021 yang diadakan di Wisma Imtiaz Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, semalam. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, program ini adalah acara tahunan yang mensasarkan golongan asnaf berumur antara enam hingga...

PAS Jerai sambut kelahiran “bayi baru” ke-94

SUNGAI LIMAU, 15 Dis - PAS Kawasan Jerai menyambut kelahiran "Bayi Baru" ke -94 dengan kelahiran Cawangan Kubang Pasu, Sungai Limau, baru-baru ini. Hampir 50 orang Ahli PAS Cawangan Kubang Pasu hadir dalam Majlis Perasmian Cawangan ini. Dengan penambahan cawangan baru ini, menjadikan cawangan yang ada di Kawasan Jerai meningkat kepada 94 Cawangan. Setiausaha PAS kawasan Jerai menyifatkan pembukaan cawangan ini menunjukkan...

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah bersama Exco hadir Program Sambutan Ulang Tahun 70 Tahun PAS

KUALA TERENGGANU, 15 Dis - Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) tidak melepaskan peluang untuk hadir ke Program Sambutan Ulang Tahun 70 Tahun PAS bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu baru-baru ini. Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Exco DPPNK, Saudara Nakhaie Naka telah hadir ke kemuncak Program tersebut dengan berpakaian seragam Jabatan...

ADUN Tanjung Dawai tinjau pembinaan rumah asnaf penduduk Semeling

Oleh TASNIM MUSTAFFA TANJUNG DAWAI, 15 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ust Hanif Hj Ghazali mengadakan lawatan ke Kampung Pengkalan, Semeling, baru-baru ini. Kunjungan ini bagi melihat perkembangan dan proses pembinaan rumah untuk keluarga asnaf yang tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Jurucakap Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai berkata pembinaan rumah ini dibiayai...

Gotong Royong Perdana meriah

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR KUPANG, 15 Dis - Gotong Royong Perdana Daerah Baling 2021 berlangsung dengan meriah selepas dilaksanakan selama dua hari berturut-turut. Aktiviti gotong royong berkenaan bermula serentak di Kampung Kuala Kuang dan Kampung Malau yang disertai penduduk kampung dan agensi-agensi kerajaan. Program yang menumpukan kawasan pasca banjir kilat yang melanda kawasan Baling baru-baru ini dan diteruskan di Mukim Sungai...