Projek pembangunan buka tirai 2022 di Kuala Krai
KUALA KRAI, 1 Jan: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latif Abdul Rahman bersyukur menerima rezeki pembuka tahun 2022 dengan pembangunan beberapa projek di Kuala Krai yang beliau kemukakan kepada YAB Perdana Menteri sewaktu sidang parlimen Disember 2021. Beliau juga berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang menghantar wakilnya, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (JPNK) ICU-JPM Khas...
UPKN perkasakan strategi hadapi cabaran 2022
KOTA BHARU, 1 Jan: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) tegap kukuh menyokong Kerajaan Kelantan lebih 31 tahun dengan segala cabaran. Tahun 2021 ditinggalkan dengan pengalaman pelbagai rasa yang dijadikan iktibar penguat semangat untuk gagah melangkah memasuki tahun 2022 pula. Demikian tekad dan iltizam dizahirkan Pengarah UPKN YB Ahmad Fathan Mahmood yang bersiap siaga mengemudi ‘re-treat’ UPKN pada...
Gerak kerja tahun baharu pertingkat manfaat kepada rakyat
KOTA BHARU, 1 Jan: Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu dan berdoa semoga kedatangan tahun 2022 akan lebih meningkatkan lagi gerak kerja semua agensi untuk membangunkan ummah, negeri dan negara. “Diharapkan pada tahun ini, para belia dan atlet lebih bersemangat dan berjati diri untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing....
Selamat Tahun 2022: Pemimpin seru rakyat bersikap positif
KOTA BHARU, 1 Jan: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyeru seluruh rakyat Kelantan di dalam negeri dan di perantuan agar bersyukur atas segala kurniaan rezeki sepanjang tahun 2021 dan bersabar dengan semua ujian yang dihadapi serta bersangka baik Allah SWT bakal menganugerahkan ganti yang berlipat ganda kebaikannya pada tahun 2022. Beliau juga...
PKB, UUM meterai Memorandum Persefahaman
SINTOK, 30 Dis: Pemeteraian Memorandum Persefahaman di antara Pemodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) berlangsung di Balai Tamu, Dewan Canselori Sultan Salahuddin, UUM, Sintok, baru-baru ini. Perjanjian tersebut menyatakan UUM akan menawarkan kursus-kursus jangka pendek kepada masyarakat yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai emas dan perniagaan ar-rahn. PKB pula ialah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri...
MB sampaikan BWI kepada mangsa banjir
RANTAU PANJANG, 30 Dis: Majlis penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Mangsa Banjir Monsun Timur Laut Jajahan Pasir Mas 2021 diagihkan Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kompleks Apam Putra, semalam. Dalam majlis itu, 152 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di jajahan ini menerima wang tunai RM1,000 bagi meringankan beban...
MESRA, MKD kumpulkan 100 sukarelawan Program Gonyoh Gaha
SELANGOR, 30 Dis: NGO Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) dan NGO Misi Kembara Dakwah (MKD) dengan kerjasama mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) berjaya mengumpulkan 100 sukarelawan pasca banjir pada 26 Disember lalu bagi menjayakan program "Gonyoh Gaha" di Pondok Bustanul Ariffin, Dengkil. Pondok ini diasaskan almarhum Tuan Guru Ahmad Ansory yang dihuni 80 pelajar dan antara lokasi...
24 Usahawanita terima sumbangan Kerajaan Negeri
PULAI CHONDONG, 30 Dis: 24 usahawanita menerima sumbangan barangan untuk perniagaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Usahawan Wanita DUN Pulai Chondong 2021 di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pulai Chondong, semalam. Barangan tersebut adalah sumbangan kerajaan negeri melalui YB Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita yang diperuntukan kepada...
ADUN Pasir Tumboh ketuai Misi Bantuan Banjir ke Pahang, Selangor
PAHANG, 29 Dis: Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh turut terbabit dalam misi bantuan pasca banjir siri pertama bersama Jabatan Amal Kubang Kerian membabitkan 23 sukarelawan selama empat hari di Pahang dan Selangor, baru- baru ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abd Rahman Yunus yang mengetuai misi tersebut, di Pahang kerja-kerja pembersihan membabitkan Taman...