Waspada hadapi kemungkinan banjir kilat akibat peralihan monsun
KUALA TERENGGANU, 15 Februari- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah supaya peka, berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat susulan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula pada semalam sehingga pertengahan Mei ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Md. Nasir Md. Noh berkata, kejadian ribut petir dijangka berlaku dan lazimnya membawa hujan lebat berserta...
Kadar zakat fitrah di Terengganu kekal RM7
KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu tahun ini kekal RM7 atas perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu dinilai berdasarkan harga gred Super Tempatan di pasaran selepas mengambil kira nilai bersamaan dengan beras lima peratus hancur. "Kadar bayaran zakat fitrah itu kekal sejak...
4,560 Ketua isi rumah di Terengganu terima RM1,000
KUALA TERENGGANU, 15 Mac- Seramai 4,560 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir gelombang kelima melanda Terengganu telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000, setakat ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, ianya melibatkan peruntukan sebanyak RM4.56 juta. Katanya, BWI yang disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara...
Kerjasama berprinsip
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berprinsip Islam mewajibkan supaya tidak berganjak dengan dasarnya yang termaktub dalam Perlembagaan PAS di bawah Majlis Syura Ulama (MSU). MSU diberikan kuasa untuk mempertahankan pelaksanaan Fasal 3 dan 7 bagi mengawal segala pendekatan dan strategi yang diberikan hak kepada Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan segala cabangnya supaya tidak terpesong. Tidak diizinkan kepada sesiapa...
Berprinsip dan berdisiplin
KUALA TERENGGANU – Setiap gerak kerja PAS berteraskan prinsip, berdisiplin dan berorganisasi menjadikan ia sebuah parti yang mempunyai jati dirinya yang tersendiri. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya berkata, setiap perkara yang diputuskan di Muktamar, Majlis Syura, peringkat Pusat dan perhubungan PAS negeri adalah mengikut bidang kuasa masing-masing. “PAS tidak membuat keputusan di kedai kopi dan di tepi...
Sumbangan Ramadan ringankan beban asnaf
YAN – Pihak Masjid Al-Ubudiah mengadakan majlis penyampaian sumbangan Ramadan dan Jom Kembali ke Sekolah kepada 200 asnaf yang terpilih. Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat di Dewan Masjid Al-Ubudiah, Padang Lumat, baru-baru ini. “Bantuan ini diberikan kepada 100 asnaf bagi sumbangan Ramadan dan 100 pelajar bagi sumbangan Jom Kembali ke Sekolah. “Empat kampung yang terlibat...
Pena editor Melaka | Pengawal keselamatan rogol ada kes lampau – bagaimana tapisan?
BARU-BARU ini kecoh apabila berlaku kejadian seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Jalan Bandar Tun Razak yang disyaki cuba merogol, membunuh dan kemudiannya membakar mayat mangsa. Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah bilik yang terbakar di sekolah berkenaan. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dalam sidang media berkaitan kes ini berkata, suspek yang berusia 30-an itu mempunyai...
PAS Lahad Datu raikan anak amilin
Oleh : Nurul Syakinah Syaning15 Mac 2022 LAHAD DATU : PAS Lahad Datu meraikan anak amilin dengan berbelanja keperluan barang sekolah mereka dalam Program Back To School sempena pembukaan sekolah pada 21 Mac ini. Seramai 15 orang anak guru PASTI yang berumur antara 4 hingga 17...
116 murid DUN Pedu terima bantuan awal persekolahan
PEDU, 15 Mac – Seramai 116 pelajar luar bandar di DUN Pedu menerima manfaat baucar bantuan pakaian sekolah sempena program Back To School daripada ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin, semalam. Menurut YB Mohd Radzi, kerajaan memahami kegusaran ibu bapa kurang kemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. “Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu menyediakan sumbangan baucar bagi memudahkan...
471 graduan PASTI terima diploma
KOTA BHARU, 15 Mac: Seramai 471 orang guru PASTI menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) pada Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia kali ke-12 yang bermula semalam.