Penjawat awam penghubung kerajaan dengan rakyat – Menteri Besar

TUMPAT, 25 Mac: Penjawat awam adalah jentera penghubung kerajaan dengan rakyat dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan untuk rakyat. Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata demikian sewaktu berucap menyampaikan amanat kepada ketua-ketua jabatan dalam Majlis Menteri Besar Jjupo Mato bersama Ketua-Ketua Jabatan Tumpat di Dewan Bunga Raya Pantai Sri Tujoh, semalam. Katanya, kerjasama semua pihak amat penting...

PAWE Pasir Mas pertingkatkan aktiviti warga emas

PASIR MAS, 24 Mac: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hanifa Ahmad memuji inisiatif Jawatankuasa Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pasir Mas atas keaktifan pengurusan mempertingkatkan kualiti kehidupan warga emas dari aspek spiritual, mental dan fizikal. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir mengucapkan tahniah kepada PAWE kerana mewujudkan pusat khas kepada warga emas beraktiviti...

Projek Taman Bandar Tumpat mampu bangunkan sosioekonomi rakyat – Menteri Besar

TUMPAT, 24 Mac: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata pelaksanaan Projek Taman Bandar Tumpat diharap dapat memberi manfaat yang besar khususnya kepada penduduk tempatan dalam pembangunan sosioekonomi dan pelancongan. Menurutnya, projek tersebut adalah satu usaha kerajaan untuk memberi kemudahan dan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat setempat khususnya bagi menjalankan aktiviti perniagaan. “Projek Taman Bandar Tumpat...

Perbanyakkan bacaan Al-Quran di Bulan Ramadhan – Dato’ Panglima Perang

KOTA BHARU, 24 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud mengajak masyarakat memperbanyakkan bacaan al-Quran di bulan Ramadan bagi mendapat ganjaran di hari akhirat. Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Ambang Ramadan dan Pelancaran Teks Tadarus al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1443H/2022M di Dewan Besar...

Program Keluarga Bestari, Rakyat Bestari pupuk kesedaran membaca masyarakat

KOTA BHARU, 24 Mac: Pemenang peserta Keluarga Bestari dan Rakyat Bestari Peringkat negeri akan membawa pulang hadiah bernilai RM 3,000 beserta sijil yang akan diumumkan pada hujung tahun ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi. Sains dan Teknologi YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, program tersebut diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran membaca dalam kalangan masyarakat. “Hujung tahun nanti, kita...

UMK, KTM dan PKD kerjasama anjur kusus

KADOK, 24 Mac: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Teknologi Midas (KTM) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN ( PKD) Kadok menganjurkan Taklimat Penyertaan Kursus Kulinari di Dewan Datuk Kadok, semalam. Timbalan Pengarah PKD Kadok, Mahamed Rusdi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok, YB Dato' Sr Azami Mohd Nor merasmikan program tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyarankan para peserta supaya mengambil...

Penerima Skim Al- It’aam dirai

KOTA BHARU, 23 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim meraikan sebahagian penerima beras Skim Al-It'aam Kerajaan Negeri di Kompleks Masjid Redha'uddin (KMR) Wakaf Mek Zainab, semalam. Turut hadir para penghulu mukim dan ahli jawatankuasa kampung yang turut membantu mengagihkan sumbangan ke lokaliti masing-masing. Menurut YB Rohani, bantuan ini amat bermakna kepada penerima dan berharap dapat...

81 peratus manifesto kerajaan negeri dicapai

KUALA KRAI, 23 Mac: Berdasarkan tiga tonggak utama Negeri Kelantan, Kemakmuran, Kebajikan dan Keberkatan telah mengorak langkah dengan pelan strategik Kelantan Melangkah ke Hadapan. Kini, Kerajaan Negeri telah mencapai 81 peratus manifesto yang dibuat dan masih dalam usaha dan perancangan untuk mencapai target sekurang-kurangnya hampir 100 peratus sebelum Penggal ke-15 bermula. Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri...

PPAK anjurkan Program Keluargaku Keluarga Membaca

KOTA BHARU, 23 Mac: Komited menjadikan masyarakat Kelantan sebagai masyarakat yang berilmu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPAK) dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Negeri Kelantan dan Perpustakaan Desa Pustaka Negara Malaysia (PNM) mengambil inisiatif mempelopori dunia mengadakan Program Keluargaku Keluarga Membaca 2022 bertemakan "Membaca Menyatukan Keluarga". Program tersebut berlangsung sepanjang tahun 2022 mengikut tempoh tertentu. Sesi perintis bermula dari 21...

PASTI Al-Huda Premier tambah silibus bahasa, renang

PASIR MAS, 22 Mac: Penggal persekolahan bermula semalam merekodkan bilangan 140 pelajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Huda Premier cawangan Kubang Panjang manakala 50 pelajar di cawangan Pohon Buluh. Pengurusnya, Muhammad Fadhlullah Zakiria, 26, berkata sesi persekolahan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Diikuti kelas transit dijadualkan pada pukul 2.00 petang hingga 5.00...