Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Langkawi
Oleh SHAKIRAH AZIZAN LANGKAWI - PAS Kawasan Langkawi telah mengadakan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan di seluruh kawasan langkawi bagi tahun 2022 sesi 2021/2023 bertempat di Hotel HIG, Kuah. Majlis perasmian (MAT) kali ini sangat istimewa kerana berlaku secara serentak dan hadirin dapat mendengar ucapan dan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah merangkap Ketua Dewan Ulamak...
Tindakan tegas kepada kontraktor
KUALA TERENGGANU - Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor pembersihan yang gagal memastikan kebersihan tandas awam di bandar raya itu berada pada tahap terbaik. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, pihak kontraktor perlu mematuhi kandungan surat perjanjian bagi mengelakkan dikenakan kompaun. "Menjadi tanggungjawab MBKT untuk memastikan bandar kita bersih, kalau rasa tidak mampu dan tidak selesa, tidak apa, tapi...
Cuti Jumaat mengagungkan syiar Islam tanda taqwa
Firman Allah S.W.T : ذٰلِكَ وَمَنْ يُّعَظِّمْ شَعَاۤىِٕرَ اللّٰهِ فَاِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوْبِ. Mafhumnya : "Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketakwaan hati". Surah Al-Hajj : 32 Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T menegaskan bahawa orang yang mengutamakan syiar Allah (Islam) maka itu sebahagian daripada tanda takwa di dalam hatinya. Syiar Islam amat luas pemahamannya. Ianya...
Cadangan kenaikan elaun Pembantu Tabika Kemas kini tunggu kelulusan MOF
KUALA NERUS - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu elaun yang diterima 10,000 pembantu taman bimbingan kanak-kanak (tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang masih di bawah paras gaji minimum. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB telahpun menghantar kertas kerja berkaitan dengan permohonan kenaikan elaun berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan MOF. "Hendak...
Singgah sains, pupuk minat masyarakat
KUALA TERENGGANU - Pusat Sains Negara (PSN) dengan kerjasama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menganjurkan Program Singgah Sains Terengganu 2022 di PSKT selama dua hari bermula hari ini. Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dato’ Ahmad Amzad Hashim berkata, program yang diadakan itu bertujuan mendekati masyarakat terutamanya golongan muda dan pelajar bagi memupuk minat dan meningkatkan populariti bidang sains,...
MB Terengganu seru semua pihak jaga perairan negeri
MARANG - Kerjasama semua pihak dalam menjaga perairan di Terengganu mampu membawa kesan kepada peningkatan hasil perikanan di negeri itu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri melalui kerjasama pihak-pihak berkaitan telah membangunkan pelbagai usaha untuk memperkaya hasil perikanan tempatan. "Saya rasa menjadi tanggungjawab semua pihak, bukan sahaja agensi-agensi kerajaan dan kerajaan negeri semata-mata, tetapi termasuk pelancong...
Kolej Ketengah berpotensi jadi Hub Pendidikan TVET jaya industri 4.0
KUALA NERUS - Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mampu dijadikan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi atau hub Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke arah inovasi berteknologi tinggi dan pembangunan teknikal saintifik. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata ia berdasarkan tawaran program diploma dan sijil yang berteraskan kepada elemen TVET kepada pelajar bagi memenuhi kehendak...
Permohonan bantuan i-Belia dibuka Julai
ALOR SETAR - Permohonan bantuan 'one-off' atau i-Belia untuk anak muda dan mahasiswa akan mula dibuka pada Julai depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan pemberian berkenaan membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan yang menjadi aset penting Terengganu. "Sekarang ini dalam proses diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dinilai serta diluluskan, saya menjangkakan...
Ibu tunggal terharu tidak dipinggir
ALOR SETAR - Seorang ibu tunggal yang merantau di Kedah terharu apabila tidak dipinggir malah mendapat perhatian kerajaan negeri. Kehidupan sebagai ibu tunggal bagi Nor Ashikin Ibrahim, 43, bukanlah perkara mudah kerana terpaksa melalui pelbagai keperitan hidup demi memastikan tiga anaknya mendapat pendidikan sempurna. Katanya, keprihatinan kerajaan Terengganu memilih dirinya bagi mendapatkan dana i-Perantau sangat meringankan bebanannya yang hanya berkerja sebagai kerani dengan pendapatan RM 1,500...
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan rekod 30,390 pengunjung
KUALA TERENGGANU – Lebih 30 ribu pengunjung direkodkan dengan hasil jualan berjumlah RM629,428 sepanjang tiga hari penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022 (HPPNT2022). Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, angka pengunjung yang hadir bahkan boleh melebihi yang direkodkan. “Kehadiran pengunjung boleh melebihi rekod kerana terdapat ramai pengunjung yang...