PRU15: Rosol lawan Rozi curi tumpuan di Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU - Parlimen Hulu Terengganu menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH),  dan Gerakan Tanah Air (GTA). Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon P038, Adnan Abdullah di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Pejabat Daerah Hulu Terengganu di sini,...

Pertembungan empat penjuru P.033 Besut

BESUT – Pertembungan empat penjuru menjadi tumpuan sepanjang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi parlimen Besut kali ini. Empat individu tersebut melibatkan calon daripada gabungan daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA). Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.08 pagi diiringi Yang DiPertua...

Lebih 5,000 iringi Ustaz Wan Hassan

DUNGUN – Lebih 5,000 orang mengiringi calon PAS, P039 Dungun bermula di Markaz Besar Pilihan Raya di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin ke pusat penamaan calon di Jabatan Kerja Raya(JKR) di sini pagi ini. Masyarakat Dungun terus memberi sokongan padu kepada calon PAS Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang merupakan mantan Ahli Parlimen Dungun. Mereka yang berkumpul seawal 7.00 pagi...

2000 Hadir penamaan calon Kuala Nerus

KUALA NERUS – Hampir 2,000 orang penyokong PAS Kuala Nerus mengiringi Calon Perikatan Nasional Parlimen Kuala Nerus , YB Dr Haji Alias bin Razak ke Pusat Penamaan Calon di Bandar Al-Watiqubillah Shah, Kuala Nerus. Seawal 7 pagi , para penyokong sudah mula berkumpul menunggu ketibaan calon untuk sama-sama berarak untuk menunjukkan sokongan padu kepada calon. ADUN Buluh Gading, YB Ustaz Ridzuan...

PAS Setiu fokus dekati pengundi muda, baharu

SETIU – Parti Islam Semalaysia (PAS) fokus untuk menawan pengundi muda bagi mempertahankan kerusi Parlimen Setiu yang dimenangi parti itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lepas. Calon PAS Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata PAS akan berusaha untuk menawan pengundi muda yang merupakan sebagai undi penentu pada pilihanraya kali ini. Katanya, golongan mereka yang tidak menyertai mana-mana parti...

Ustaz Alias ditentang tiga calon

Oleh : Pyang Mamat KEMAMAN – Pilihanraya Umum Parlimen ke 15 kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru di Kemaman apabila penyandang parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid ditentang tiga calon. Parti Pejuang diwakili oleh Rosli Ab Ghani, Barisan Nasional oleh Ahmad Said manakala Pakatan Harapan diwakili oleh Hasuni Sudin daripada Parti Keadilan Rakyat dan Ustaz Che Alias Hamid mewakili Parti Islam SeMalaysia...

500 Muslimat turut berarak

Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU – Seramai 500 orang muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu berhimpun awal pagi untuk berarak memberikan sokongan tidak ‘berbelah bagi’ mengiringi calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim Pengarah Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Kawasan itu, Nafisah Muda berkata, walaupun dalam keadaan hujan renyai tak mematahkan semangat mereka untuk terus bersama dalam perhimpunan ini. “Apa yang kita harapkan...

Dungun jadi pertaruhan

DUNGUN – Selepas Marang dan Kuala Terengganu, parlimen Dungun turut menjadi pertaruhan PAS memenangi pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 untuk Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan. Calon PAS Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, melihat kepada suasana peserta perarakan, beliau yakin parti Islam itu mampu untuk menang. Menurutnya, disamping kawasan tersebut merupakan kubu kuat sejak sekian lama, ditambah dengan jumlah...

Muslimat PAS bertembung 3 calon lelaki di Sri Gading

Oleh NAZIRUL MUNIR Sri Gading , 5 Nov : Sri Gading menyaksikan pertembungan antara Muslimat PAS dengan 3 orang calon lelaki. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencalonkan Zanariyah Abdul Hamid untuk bertanding di Parlimen Sri Gading atas tiket Perikatan Nasional, Barisan Nasional diwakili oleh Datuk Lassim Burhan, Pakatan Harapan diwakili oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan manakala Mahadzir Ibrahim dari Pejuang bertanding...

Istikharah Dan Restu Suami Iringi Langkah Ustazah Nuridah

Oleh Dhiya' Muttmainnah WANGSA MAJU, 5 Nov: "Setiap kali ustazah dicalonkan, kami suami isteri sama-sama solat istikharah untuk serah kepada Allah dan insyaAllah kami akur dengan ketetapan Allah SWT," demikian perkongsian Mohd Azemi Azman, suami kepada Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut hadir di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Wangsa Maju pagi ini. Mohd Azemi juga menyatakan...