Program ‘Singgah Cakna’ sempena hari pertama persekolahan

Oleh: NOR FATIN ALOR SETAR, 21 MAC - Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman semalam menghadiri lawatan kerja ke pasti di sekitar Padang Serai bersama Ketua Pemuda PAS Padang Serai, Shahrul Anuar Ilias bersempena hari pertama persekolahan. Program yang dinamakan sebagai program “Singgah Cakna” tersebut melibatkan lawatan ke enam buah PASTI. Dalam masa yang sama, sedikit sumbangan turut diberikan...

Jadi pengguna bijak, buat aduan di saluran tepat

KUALA NERUS - Orang ramai perlu menjadi pengguna bijak dan bertanggungjawab dengan menyalurkan aduan di saluran yang tepat  jika berlaku penipuan jualan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata rentetan daripada peningkatan kos sara hidup, sebagai pengguna perlu tahu memainkan peranan untuk membuat aduan dan tahu untuk membuat tuntutan. Katanya, terdapat sembilan saluran...

Peniaga bazar ramadan diminta tidak jual makanan basi

KUALA NERUS - Kerajaan negeri meminta peniaga bazar Ramadan di Terengganu agar tidak menjual makanan dan kuih muih basi kepada orang ramai yang berkunjung ke gerai mereka sepanjang Ramadan ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Dr Alias Razak berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap  peniaga yang menjual makanan basi dan tercemar  sekali gus...

Berita gembira untuk rakyat dalam manifesto akan datang

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri menjanjikan berita gembira untuk rakyat dalam manifesto pada pilihanraya akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu rakyat tidak mengira peringkat umur dan latar belakang. Katanya, melalui hasil perbentangan bajet untuk tahun ini, pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri semata-mata untuk...

DEWAN PEMUDA PAS PARLIMEN LANGKAWI MENYANGGAH SERUAN SYED SADDIQ LAWAT RUMAH IBADAH AGAMA LAIN

DEWAN PEMUDA PAS PARLIMEN LANGKAWI MENYANGGAH SERUAN SYED SADDIQ LAWAT RUMAH IBADAH AGAMA LAIN Baru sahaja surut isu Mentega terbang, kini ada pula siri sambungannya seruan ke rumah ibadah agama lain!!! Adakah perkara ini sudah dirancang??? Terbaru, seruan presiden Muda SS untuk melawat rumah ibadah agama lain adalah merupakan suatu kekarutan yang terlampau atas nama kehormatan dan tolenransi dalam beragama. Lawatan...

KENYATAAN MEDIA JANGAN NYALAKAN API ISLAMOFOBIA DALAM NEGARA

KENYATAAN MEDIA JANGAN NYALAKAN API ISLAMOFOBIA DALAM NEGARA Saya ingin mengingatkan pihak tertentu agar tidak berterusan menyalakan api Islamofobia dengan tuduhan yang melulu terhadap mereka yang memperjuangkan agama. Gesaan seorang pemimpin utama PKR menyerang golongan yang berpolitik berpandukan agama ibarat menentang seruan yang dianjurkan di dalam Al-Quran sendiri. Sayugia diingatkan bahawa Islam adalah agama bernegara dan politik adalah jalan mentadbir urus negara...

Ustaz Zarimi Ketua Pemuda PAS Pahang baharu

Oleh : KHAULAH AL AZWAR BENTONG, 19 Mac ◊ Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) kali ke-41, semalam, sebulat suara memilih Ustaz Mohd. Zarimi Abu Zih Al Syubrawi sebagai Ketua Pemuda PAS Pahang yang baharu. Beliau menggantikan tempat penyandang sebelum, Ustaz Aireroshairi Roslan yang tamat tempoh perkhidmatan di dalam Pemuda. Seramai 112 perwakilan daripada 14 kawasan seluruh Pahang bersidang pada muktamar...

Produk usahawan Terengganu bakal tembusi pasaran Indochina

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui kerjasama Asean Mall bersama  Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bakal meneroka pasaran produk usahawan Terengganu ke Indochina. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata pihaknya telah berbincang supaya  kerjasama ini dapat membuka ruang kepada usahawan tempatan yang mempunyai keupayaan dan kesediaan untuk memasarkan produk...

Delegasi Terengganu ke Turkiye bawa sumbangan RM1.3 juta

KUALA NERUS - Delegasi Kerajaan negeri bertolak ke Turkiye pada semalam bagi menyampaikan sumbangan lebih RM1.3 juta kepada mangsa gempa bumi di negara terbabit dan Syria. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kutipan melalui Tabung Terengganu For Turkiye itu amat bermakna sebagai solidariti kerajaan terhadap nasib yang menimpa rakyat di dua...

Terengganu sasar tanam 100 juta pokok

SETIU – Terengganu menyasarkan menanam 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula dari 2021 hingga 2025. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata usaha itu merupakan salah satu cara untuk menzahirkan sokongan kepada kempen ‘Road to 1 Million Trees 2023’. Katanya, mungkin 100 juta itu kedengaran seperti angka yang besar namun bak kata pepatah melayu 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. “Usaha...