PAS Kubang Pasu edar bubur lambuk buat Pejabat kerajaan

ALOR SETAR,5 APRIL - PAS Kubang Pasu mengedarkan 800 pek bubur lambuk bagi berkongsi rezeki bersama kakitangan pejabat kerajaan. Sebanyak 7 buah pejabat kerajaan di Kubang Pasu, yang  terdiri daripada Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, Hospital Jitra, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ibu Pejabat Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kubang Pasu telah menerima bubur lambuk yang telah diedarkan...

PAS SELANGOR MENGECAM SEKERAS-KERASNYA SERANGAN REGIM TENTERA ZIONIS ISRAEL TERHADAP MASJID AL-AQSA DI PALESTIN

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam sedang beribadah pada malam tadi. Sebelum ini, tentera zionis telah berbalas serangan dengan rakyat Palestin di Bandar Huwara yang terletak di Tebing Barat. Tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam...

Pejabat SUK Terengganu lancar polisi keselamatan siber

KUALA TERENGGANU - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Terengganu hari ini melancarkan dokumen Polisi Keselamatan Siber (PKS) bagi menjamin kesinambungan urusan PSUK Terengganu dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan siber. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, polisi yang dibangunkan Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) dengan kerjasama Pasukan Perunding Keselamatan ICT MAMPU itu bagi menggantikan dokumen Dasar Keselamatan ICT (DKICT)...

Tiga Pejabat Tanah Terengganu terima pengiktirafan empat bintang

KUALA TERENGGANU - Tiga Pejabat Tanah Daerah dari negeri ini memperoleh pencapaian empat bintang dalam pengauditan Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi Tahun 2022. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, tiga jabatan berkenaan adalah Pejabat Tanah Besut, Pejabat Tanah Hulu Terengganu dan Pejabat Tanah Dungun. “Rentetan daripada saranan Ketua Setiausaha Negara supaya ‘System Star Rating’ diperluaskan kepada pentadbiran...

Madinah Ramadan kumpulkan institusi pondok

KUALA TERENGGANU – Madinah Ramadan yang mula berlangsung pada 30 Mac terus mendapat sambutan dengan kehadiran warga sekolah pondok anjuran Akademi Didik Ulamak Amilin Terengganu (DUAT) semalam. Menjadi keunikan Negeri Terengganu apabila pembangunan modal insan disertakan dengan usaha semarakkan ilmu melibatkan semua aspek pendidikan termasuklah institusi pondok. Kerajaan melalui Portfolio Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan mengumpulkan para tenaga pengajar serta penuntut daripada...

Mahkamah putuskan Abdul Hadi tak fitnah kristian

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk membatalkan Notis Permohonan Perayu rakyat Sabah, Maklin Maksiau terhadap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tiga hakim Mahkamah Persekutuan, Y.A.A. Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah, (HBM) Y.A. Dato' Mary Lim Thiam Suan dan (HMP) Y.A. Datuk Harmindar Singh Dhaliwal (HMP) memutuskan untuk membatalkan (Maklin) untuk mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atas alasan tiada affidavit yang...

Isu nikotin: Kerajaan Madani perjudi kesihatan rakyat

Oleh KHAULAH AL AZWAR KUANTAN, 4 Apr ♦ Tindakan kerajaan mengeluarkan semua jenis nikotin termasuk cecair vape dari Akta Racun 1952, adalah suatu keputusan gopoh. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP), Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, tindakan ini memperlihatkan seolah-olah pihak Kerajaan Madani reda kesihatan rakyat diperjudikan. "Keputusan ini kononnya demi menambah hasil pendapatan negara melalui duti eksais. Adakah hasil...

Selain Kedah, Tanah Rizab Melayu Terengganu Turut Meningkat

KUALA TERENGGANU - Selain Kedah, satu lagi negeri di bawah PAS iaitu Terengganu turut merekodkan peningkatan keluasan tanah rizab melayu (TRM). Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (Lajnah Tanah dan Peneroka), Amaturrahman Jaafar berkata, berdasarkan data dari Pejabat Tanah dan Galian negeri, Terengganu berjaya menambah keluasan TRM kepada 1938.32 hektar sejak PAS memerintah. "Antara janji manifesto PAS pada PRU-14 adalah menambah...

Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundor ziarah mangsa ribut

Oleh: NOR FATIN ALOR SETAR, 4 APRIL -Tuan Hj. Ridhuan, wakil Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundor dan pasukan baru-baru ini hadir menziarahi dua buah rumah mangsa ribut yang mengalami kerugian yang besar. Rumah pertama yang diziarahi mereka ialah rumah milik Mak Cik Hatiah Daud yang terletak di Kg Buloh Lima Dalam. Rumah Hatiah dilanda ribut pada petang 27 Mac. Dilaporkan...

KENYATAAN MEDIA PENDEDAHAN TANAH RIZAB MELAYU KEDAH: KELEMAHAN NIK NAZMI TERDEDAH

KENYATAAN MEDIA PENDEDAHAN TANAH RIZAB MELAYU KEDAH: KELEMAHAN NIK NAZMI TERDEDAH 1.PAS Kedah meneliti isu data Tanah Rizab Melayu Kedah sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Parlimen tempoh hari. Meskipun beliau mempertahankan data pengurangan Tanah Rizab Melayu di Kedah sebanyak 5,351.65 hektar bagi tahun 2021-2022, malangnya data yang dikemukakan tersebut bukan data terkini. 2.Persoalannya, mengapa...