Sultan Mizan rasmi jambatan Pulau Poh

HULU TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan berkenan merasmikan Jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 61  baginda di sini, hari ini. Sultan Mizan berangkat tiba pada jam 9.00 malam, diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan semua paduka anakanda baginda. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar,...

Dr Azman sangkal fitnah jijik UMNO

Oleh : Mazurea Deraman SETIU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim menyangkal fitnah jahat pendokong UMNO Setiu berhubung isu tempahan Dewan Sivik bagi program Tabika Kemas. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri itu menegaskan pihaknya tidak pernah membatalkan tempahan dewan pada saat akhir sebaliknya Tabika Kemas DUN Jabi hanya menempah dewan...

AJK Masjid perlu pastikan penceramah ada tauliah MAIDAM – Sultan Mizan

HULU TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru Jawatankuasa Masjid memastikan penceramah dan penyampai kuliah yang diundang mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Baginda bertitah setiap program yang dilaksanakan haruslah selari dengan setiap arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh MAIDAM dan undang-undang yang berkuatkuasa, terutama hal-hal berkaitan dengan tauliah mengajar. "Peraturan yang dibuat bukan...

Sultan Mizan rasmi Masjid Kg Pelandan

HULU TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menyempurnakan majlis perasmian Masjid Kampung Pelandan dekat sini yang menelan belanja RM5.5 juta. Turut berangkat pada upacara itu Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dr....

Sultan Mizan berkenan hadir Forum Perdana

HULU TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana di tapak Pasar Tani, Kuala Berang, di sini, malam ini. Keberangkatan Baginda turut diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan paduka-paduka anakanda. Forum anjuran Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu  (JHEAT) itu diadakan...

Sultan, Sultanah berangkat ke Jamuan Teh bersama rakyat Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis Jamuan Teh bersama lebih 3,000 rakyat daerah ini  bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan baginda di Tapak Pasar Pagi Kuala Berang, hari ini. Sultan Mizan berangkat tiba pada jam 3.00 petang, diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan...

Ribuan anak muda dijangka hadiri Himpunan Milenial Terengganu

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu (UBSNT) menjangkakan ribuan anak muda akan menghadiri Himpunan Mileneal Terengganu yang dianjurkan oleh pihaknya. Himpunan tersebut akan diadakan pada Sabtu di Dewan Perdana Komplekas Pentadbiran Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus bermula jam 8 pagi sehingga 1.30 petang. Sepanjang program berkenaan diadakan lbagai acara menarik diadakan antaranya...

Ketua Pemuda PAS ‘sekolahkan’ Ketua Pemuda Umno

KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Harun Esa membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Terengganu berhubung laporan prestasi kerajaan negeri yang disifatkan tak tepat. Mohd Harun berkata, Tengku Haphiz Tengku Putera seolah-olah tidak membaca dengan betul data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) sehingga menyebabkan beliau ‘tersalah tulis’. “Sebelum tu, saya rasa hairan sebenarnya. Ahli Dewan Undangan Negeri...

Edaran bakul makanan buat golongan asnaf

Oleh: Nurfatiha Mohamad 25 Jun 2023 KINABATANGAN: PAS kawasan Kinabatangan turun mengedarkan sumbangan bakul makanan di Kg Sri Manis pada petang semalam. Edaran kali ini dipimpin oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur bersama ADUN Dilantik Negeri Sabah, Aliakbar Gulasan. Sebanyak 25 pek bakul makanan telah diagihkan kepada golongan asnaf di komuniti tersebut dari rumah ke rumah. "Semoga sumbangan yang...

PAS Kawasan Kinabatangan raikan pelajar cemerlang SPM 2022

Oleh: Nurfatiha Mohamad 24 Jun 2023 KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan telah mengadakan majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang berlangsung di Ruang Terbuka Masjid Al Ghaffar, tengah hari tadi. Majlis tersebut telah dihadiri 60 orang yang terdiri daripada kalangan ibu bapa pelajar, orang awam dan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan. Seramai 19 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit...