Dua bekas MB Terengganu tumbang
KUALA NERUS - Dua Bekas Menteri Besar Terengganu yang terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan DUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tumbang dalam pilihan raya umum (PRU) DUN kali ini. Calon Parti Islam Se-malaysia (PAS) DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dan DUN Kijal, Datuk...
Ahmad Amzad menang dengan majoriti lebih besar
KUALA TERENGGANU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN)- PAS, Dato' Ahmad Amzad Hashim menang dengan majoriti lebih besar sekali gus mengekalkan kemenangannya di kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahmad Amzad menang dengan majoriti 47,266 undi. Beliau memperoleh 68,369 undi menewaskan...
Kak Da, wakili wanita di DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita pertama Terengganu menjadi satu-satunya calon wanita yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 Zuraida Md Noor memenangi DUN Ladang selepas menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional, Datuk Mohd Sabri Alwi. Kemenangan itu memastikan DUN Ladang tetap kekal dimenangi PAS dengan majoriti 4,373 undi selepas memperoleh 11,663...
DUN Telemung, hadiah istimewa buat pejuang PAS, Bersatu
HULU TERENGGANU - "Saya hadiahkan kemenangan ini kepada parti PAS dan juga Bersatu, yang telah berusaha sekian lama untuk menumbangkan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemung," ujar Zawawi Ismail, Katanya, pertandingan yang agak sengit dan dia tidak menyangka DUN Telemung akan dimenangi PAS pada peringkat awal. Beliau yang pada mulanya seperti tidak percaya juga pada peringkat awalnya, walaubagaimanapun, akur...
Kerajaan PAS Terengganu tiada pembangkang
KUALA NERUS – Parti Islam Se-malaysia (PAS) berjaya cipta sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri setelah menang keseluruhan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus tiada pembangkang dalam kerajaan negeri. Kejutan juga berlaku ke atas dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dari Barisan Nasional (BN) tewas kepada pencabar masing-masing. Menteri...
Keputusan penuh 32 – 0
N1 Kuala Besut 1. Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.(BN) 7377 2. Azbi Salleh . (PN-PAS)11, 496 Majoriti; 4119 N2 Kota Putera 1. Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.(PN-PAS) 13,360 2. Muhammad Pehimi Yusof (BN) 9551 Majoriti; 3809 N3 Jertih 1. Riduan Mohamad Nor (PN-PAS) 12, 122 2. Mohd Rozaini Mohd Rasli.(BN) 7,399 Majoriti; 4723 N4 Hulu Besut 1. Nawi Mohamad.(BN) 6,665 2. Che Harun Kamariah Abdullah.(Bebas) 180 3. Mohd Husaimi Hussin (PN-BERSATU) 9525 Majoriti: 2860 N5 Jabi 1....
PAS cipta sejarah baharu Terengganu
KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-malaysia (PAS) Terengganu telah memenangi keseluruhan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri semalam. Kejutan juga berlaku ke atas dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dari Barisan Nasional (BN) yang tewas kepada pencabar masing-masing. Menteri Besar penggal lalu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri...
Undi melayu terkesan apabila Umno bersama PH
KUALA TERENGGANU – Orang Melayu sangat terkesan apabila Umno bergabung dengan PH ditunjangi oleh DAP yang ‘racist’. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ustaz Riduan Mohamad Nor menyarankan, faktor tersebut menyebabkan pengundi pengundi tegar Umno, samada mereka memboikot undi atau mengundi PAS. Calon PAS DUN Jerteh itu mengucapkan syukur dan pujil-pujian kepada Allah kerana telah diberikan kemenangan pada pilihan raya negeri, semalam. “Alhamdulillah...
PH perlu berlapang dada beri MB pada UMNO – Faizal Azumu
Oleh NAZIRUL MUNIR JEMPOL, 13 Ogos - Seharusnya Pakatan Harapan (PH) berlapang dada dengan memberikan kerusi Menteri Besar kepada ADUN Pertang, Dato Jalaluddin. "Di Negeri Sembilan, UMNO mendapat kerusi terbanyak, saya ucapkan tahniah kepada YB Dato Jalaluddin dan semoga beliau terpilih sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru". Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan, Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu dalam...
PN berjaya pecah kubu kuat UMNO & PH di Negeri Sembilan
Oleh NAZIRUL MUNIR JEMPOL, 13 Ogos - Perikatan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri semalam. Lima kerusi daripada 36 kerusi itu adalah tiga daripada PAS dan dua daripada Bersatu. N05 Serting menyaksiakan Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa (10,312 undi) menewaskan calon Barisan Nasional Muhammad Zamri Omar (9,469 undi) dengan majoriti 843 undi. N20 Labu,...