Tukar ‘Madani Afiat’ kepada ‘Afiat Digital’

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk memulakan pendigitalan terhadap sistem kesihatan menjelang 2030 atau lebih awal bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada pesakit. Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata pendigitalan penjagaan kesihatan merupakan antara keutamaan beliau di KKM. Maknanya, sekarang 2023 dan enam atau tujuh tahun lagi, pak cik dan mak cik yang menggunakan perkhidmatan terpaksa duduk menunggu selama tidak kurang 30 minit...

Pusat Sains Terengganu catat kehadiran lebih 74,000

KUALA TERENGGANU - Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) terus menjadi daya tarikan pelancongan berteraskan pendidikan apabila mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi melebihi 74,000 orang. Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu berkata, jumlah kehadiran itu bermula Januari hingga Ogos tahun ini dan ia dijangka akan terus meningkat sehingga 150,000 sebagaimana yang disasarkan tahun ini. "Bagi pihak kerajaan negeri saya ingin merakamkan...

Rakyat ‘Nazak’ dengan kenaikan harga barang

KUALA TERENGGANU - Kenaikan harga barangan terutama barang basah sejak kebelakangan ini benar-benar menghimpit hidup rakyat dan mereka meminta kerajaan melakukan sesuatu agar kenaikan harga itu dapat dikawal. Tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman di pasar-pasar sekitar bandar raya ini mendapati berlaku kenaikan harga barang basah yang agak tinggi. Beberapa pengguna yang ditemui mengharapkan kenaikan harga barang itu hanya bersifat sementara...

Penjawat awam perlu keluar daripada zon selesa

KUALA TERENGGANU – Ketua jabatan dan semua penjawat awam di negeri ini diingatkan agar jangan berada di zon selesa atau masih demam 'work from home' seperti Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dan bekerja secara silo. Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, ia selaras dengan hala tuju baharu kerajaan Terengganu iaitu, pentadbiran negeri akan masuk ‘gear 3’. Katanya, pentadbiran lebih agresif dan bergerak laju berbanding penggal...

Industri Pelancongan Islam Terengganu berpotensi ke peringkat global

KUALA TERENGGANU – Terengganu berpotensi besar dalam mempromosikan pelancongan Islam ke peringkat global. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata Terengganu mempunyai produk pelancongan yang hebat dan unik bertaraf antarabangsa. Katanya, serta pelbagai tawaran lokaliti berasaskan pelancongan dan industri berkaitan yang memberi lonjakan kepada industri pelancongan global. “Segala-galanya ada di Terengganu termasuk alam semula jadi,...

Ahmad Samsuri nafi SG4 musuhi persekutuan

KUALA NERUS - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan pembentukan empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu State-Government 4 atau SG4 sebagai langkah mahu memusuhi Kerajaan Persekutuan. Beliau sebaliknya menegaskan, pembentukan SG4 itu adalah untuk meningkatkan potensi empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis melalui kerjasama erat dalam bidang industri, pelancongan dan ekonomi. "Semua yang kita...

Sultan Terengganu berkenan rasmi Pusat Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah

KUALA NERUS - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini hari ini. Baginda berangkat tiba di iringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah pada jam 11 pagi. Keberangkatan tiba Baginda disambut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman. Hadir sama menyambut keberangkatan...

600 Pelajar PASTI teruja sertai simulasi haji

Oleh : Fatimah Din MARANG – Sejumlah 600 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan MARANG teruja dan bersemangat dapat menyertai Program Simulasi Haji yang julung kali diadakan. Ketua Dewan Pemuda PAS Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi yang merasmikan program tersebut melahirkan rasa terharu melihat semangat peserta-peserta cilik yang hadir. “Saya yakin bukan anak-anak sahaja gembira, ibu bapa pun gembira”, katanya. Beliau telah...

Muslimat Kota Belud edar 100 bendera Malaysia

OLEH ASRENNA YUN 18 September 2023 KOTA BELUD: Sebanyak 100 bendera Malaysia, risalah tokoh kemerdekaan dan goodies sempena Hari Malaysia dan bulan kemerdekaan diedar sekitar Kota Belud baru-baru ini. Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Belud, Rosnani Omar, ini bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus mengambil ibrah akan tokoh kemerdekaan yang bertungkus lumus mempertahankan tanah air daripada diragut oleh...

Pupuk semangat cintakan negara seawal usia

Oleh: Suziana Ghani 18 September 2023 LAHAD DATU: Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia PASTI antara usaha untuk memupuk semangat cintakan negara seawal usia. Pengerusi PASTI Lahad Datu, Landari Labobo berkata, sejauh mana kita mengecapi merdeka yang sebenar seiring dengan laungan kemerdekaan yang kerap kita ulangi. "Kita masih dikongkong dengan undang-undang ciptaan manusia yang kadang-kala merosakkan. "Anak-anak yang belajar di PASTI bertuah kerana didedahkan dari...