Home Berita PAS Sabah

Pupuk semangat cintakan negara seawal usia

23
SHARE

Oleh: Suziana Ghani
18 September 2023

LAHAD DATU: Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia PASTI antara usaha untuk memupuk semangat cintakan negara seawal usia.

Pengerusi PASTI Lahad Datu, Landari Labobo berkata, sejauh mana kita mengecapi merdeka yang sebenar seiring dengan laungan kemerdekaan yang kerap kita ulangi.

“Kita masih dikongkong dengan undang-undang ciptaan manusia yang kadang-kala merosakkan.

“Anak-anak yang belajar di PASTI bertuah kerana didedahkan dari awal mendalami ilmu agama yang mampu membina akhlak murid,” katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia PASTI Al-Hidayah di sini, Sabtu lepas.

Terdapat pelbagai acara yang menarik bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan ibu bapa dan murid iaitu pertandingan pakaian merdeka dengan tema pakaian etnik, tradisional serta merdeka, pertandingan sajak, pertandingan mewarna dan kereta berhias.

Turut diadakan perarakan merdeka yang mendapat kerjasama daripada Polis Trafik Lahad Datu bagi mengawal lalu lintas sepanjang perarakan berlangsung di Taman Sri Perdana.

Sementara itu, turut diadakan sambutan pada hari yang sama di PASTI An Najah, Taman Wawasan dengan acara deklamasi sajak, basikal berhias, payung berhias, pakaian seragam dan mewarna.

Selain itu di PASTI Al-Fateh, Palm Height pula telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan pada Jumaat lepas dengan mengadakan pertandingan mewarna, deklamasi sajak, pertandingan buku skrap dan pertandingan baju beragam serta baju etnik kemerdekaan.