Home Berita PAS Sabah

Muslimat Kota Belud edar 100 bendera Malaysia

41
SHARE

OLEH ASRENNA YUN
18 September 2023

KOTA BELUD: Sebanyak 100 bendera Malaysia, risalah tokoh kemerdekaan dan goodies sempena Hari Malaysia dan bulan kemerdekaan diedar sekitar Kota Belud baru-baru ini.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Belud, Rosnani Omar, ini bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sekaligus mengambil ibrah akan tokoh kemerdekaan yang bertungkus lumus mempertahankan tanah air daripada diragut oleh anasir luar.

“Kemerdekaan bukan hanya tentang menentang penjajah luar namun kemerdekaan juga perlulah bermula daripada dalaman iaitu memerdekakan akal fikiran daripada pengaruh fahaman luar seperti liberalisme dan sekularisme yang boleh meruntuhkan aqidah kita sebagai umat Islam.

“16 September 1963 merupakan tarikh keramat penyatuan semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di bawah atap yang sama iaitu negara Malaysia,” katanya selepas edaran.

Rosnani mengharapkan semoga kita bersama-sama menjulang rukun negara dan menjaga keharmonian negara agar Malaysia yang tercinta ini dilindungi daripada ancaman luar.

Beliau mewakili Dewan Muslimat PAS Kota Belud turut mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, Teguh Muafakat, Malaysia Sejahtera.