Pendekatan mesra syariah T-Fight Festival buka mata dunia

KUALA NERUS - Pendekatan mesra syariah yang diterapkan T-Fight Festival menerima sambutan positif para pengamal sukan berkenaan. Presiden Persatuan Muay Thai Terengganu, Master Najmi Abdullah berkata, pendekatan tersebut turut mendapat perhatian  Naib Presiden Global Association Of International Sports (GAISF) Stephan Fox yang hadir dalam festival di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, semalam. "Pendekatan mesra syariah ini semua ikut,...

Sultan Mizan berkenan sempurnakan Istiadat Pembukaan Sidang DUN ke-15

KUALA TERENGGANU -  Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini. Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker DUN Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker, Khazan Che Mat. Persidangan DUN Ke-15 mencipta sejarah berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN)...

Permohonan rumah untuk nelayan dibuka

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri kini membuka permohonan rumah untuk para nelayan di Terengganu memiliki rumah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Projek Perumahan Semula Nelayan (PSN) di dua daerah iaitu di Beting Lintang, Besut dan Pulau Sekepeng, Kemaman itu hampir siap seoenuhnya. "Harga kos hampir RM150,000 tapi kerajaan bagi kepada rakyat...

Pusat Sains Terengganu catat kehadiran luar jangka

KUALA TERENGGANU - Pusat Sains Kreativiti Terengganu (PSKT) mencatat kehadiran pengunjung di luar jangka iaitu melebihi 80,000 orang bermula Januari sehingga September 2023. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Ahmad Shah Muhamed berkata ini membuktikan bahawa PSKT menjadi tarikan baharu pengunjung ke bandaraya Kuala Terengganu. Katanya, menerusi sektor edu-tourism ia dapat meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan sains...

3,708 mohon keahlian baru PAS di Kedah

  Oleh: ROZAIDI TAIB ALOR SETAR, 30 SEPT –  Sebanyak 3,708 borang  permohonan baru keahlian PAS diserahkan kepada Presiden PAS, YB Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang  oleh Ustaz Zelani Nik Chik mewakili Badan Perhubungan PAS Kedah sempena Konvensyen PAS Kedah yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini. Permohonan ini datangnya dari 15 PAS Kawasan di negeri Kedah...

PAS Kedah lancar Kempen Dana PRU PRU-16

  Oleh: ROZAIDI TAIB ALOR SETAR, 30 SEPT – PAS Kedah melancarkan Kempen Dana Pilihanraya Umum ke-16 (PRU-16) sebagai langkah siap siaga menghadapi PRU-16 oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini. Pelancaran itu adalah sebahagian acara yang terkandung dalam Konvensyen PAS Kedah yang diadakan menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-69...

Ustaz Abdullah Khairi, 12 lagi pendakwah selebriti terima tauliah di Terengganu

KUALA NERUS - Seramai 12 orang pendakwah selebriti menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, kumpulan pendakwah tersebut menerima sijil tauliah pada sesi temu duga hujung Mei lalu bersama-sama Ustaz Azhar Idrus. Katanya, antara selebriti terlibat ialah PU Syed (Syed Mohd Bakri Syed Ishak),...

Apa YB Permatang Pasir Buat Hari Ini?

29 September 2023, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Sambutan Maulidurasul hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran YB Hj Amir Hamzah yang dijemput oleh Pengerusi dan Ajk Masjid Tuan Abdullah untuk menyempurnakan majlis. Dikesempatan itu juga YB Hj Amir Hamzah menyantuni masyarakat sekitar beramah mesra. Beliau juga sempat meraikan sambutan Maulidurasul di Masjid Kg Pelet bersama-sama Jawatankuasa Masjid. Selepas majlis selesai...

PAS Kawasan Kinabatangan serah sumbangan kepada pesakit kanser

28 September 2023 Oleh: Fatiha Mohamad KINABATANGAN: Nasib seorang pesakit kanser leukemia yang berusia 6 tahun mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Kinabatangan. Alif naim bin Norishan yang merupakan anak ketiga dari empat orang adik-beradik telah disahkan menghidap kanser tersebut pada tahun 2020. Ayah Alif Naim berkerja sendiri manakala ibunya yang merupakan jururawat terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga Alif Naim. Menurut Yang Dipertua...

PAS Kedah realisasikan pembinaan pusat latihan PAS Kedah

oleh: ABU AMMAR SEDIM, 26 September 2023- PAS Kedah mengorak langkah kehadapan bagi merealisasikan pembinaan pusat latihan PAS Kedah. Pusat latihan PAS Kedah tersebut akan disertakan dengan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, surau, chalet, asrama dan tapak latihan bagi kegunaan ahli-ahli PAS dan juga untuk orang ramai. Hari ini, YB Senator Ustaz Musoddak Haji Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah bersama...