MB, Presiden PAS terima kunjungan Tun M

KUALA TERENGGANU – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada hari ini. Tun Dr Mahathir bertemu Ahmad Samsuri pada jam 10.30 pagi di bangunan Wisma Darul Iman dan mengadakan pertemuan selama dua jam. Ahmad Samsuri...

PAS: Obor perjuangan yang tidak padam

Minda Presiden PAS PAS: OBOR PERJUANGAN YANG TIDAK PADAM Ramai daripada kalangan yang baru sahaja menyertai kelas politik membuat ulasan yang tidak matang terhadap PAS kerana buta akan sejarahnya, bahkan ada generasi baharu yang terpengaruh dengan media yang menjadi propaganda bagi menyasarkan perjuangan Islam seperti PAS. Walaupun PAS ditubuhkan pada tahun 1951, yang nyata lebih awal sebelum kelahirannya, mereka dengan berani membuat...

Havoc Asean Food Festival himpun makanan lima negara

KUALA NERUS - Havoc Event & Management Sdn Bhd dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Havoc Asean Food Festival dengan menghimpunkan makanan pelbagai variasi popular dari lima buah negara asia. Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Faizul Mohd Yusof berkata, orang ramai boleh merasai sendiri pengalaman menikmati masakan dari Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand termasuk Malaysia. Ujarnya, Terengganu...

Terengganu memiliki balai cerap moden dan lengkap

KUALA TERENGGANU - Terengganu bukan sahaja memiliki ramai alim ulama serta tenaga yang berkepakaran dalam bidang ilmu falak tetapi negeri ini mempunyai balai cerap paling moden dan serba lengkap. Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sejak dahulu Terengganu telah terkenal dengan kegemilangan ilmu falak. Katanya, sejarah kegemilangan itu telah memberi sumbangan dalam melahirkan sebahagian...

Terengganu FC seru penyokong angkat bendera Palestin

KUALA TERENGGANU - Terengganu FC (TFC) menyeru kepada seluruh penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada Jumaat ini untuk sama-sama mengangkat bendera Palestin. TFC dalam satu kenyataan hari ini berkata, solidariti di perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 di antara TFC menentang Kuala Lumpur City bakal dilakukan ketika nyanyian lagu Negaraku. Katanya, ia sebagai simbolik terhadap apa yang berlaku...

Terengganu perluas kawasan tanaman kelapa

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan tanaman kelapa di Setiu yang bakal meningkatkan Kadar Kecukupan Sara Diri (SSR) kelapa di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek komersial penanaman kelapa di Kampung Banggol Mukim Tasik dan Mukim Caluk itu melibatkan pelaburan sebanyak RM19 juta, merupakan salah satu...

Rakan kongsi bisnes, dilanggar dan ditikam hingga mati

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, dalam satu kejadian jam 3 pagi, hari ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli  Mazlan berkata siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa yang berusia 65 tahun dengan suspek yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya tentang agihan...

TAHNIAH USTAZ AZHAR, PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Mesyuarat PAS Pusat yang berlangsung pada 30 Oktober 2023 telah bersetuju melantik Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan bagi sesi 2023-2025, menyambung khidmatnya sebagai Pesuruhjaya bagi sesi yang kedua. Saya mewakili seluruh ahli Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berbesar hati mengucapkan tahniah atas pelantikan ini. Untuk memimpin sebuah organisasi di peringkat Wilayah Persekutuan, perlu kepada tekad...

Polis Terengganu lupus dadah bernilai RM6.2 juta

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan  melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta yang dirampas sepanjang 27 tahun bermula 1996 hingga 2023. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli  Mazlan berkata  antara yang akan dilupuskan ialah heroin, methamphetamine, yaba, ketamin, ubat batuk, air ketum dan daun ketum. Katanya, dadah yang dilupus melibatkan 3,557 kertas siasatan yang semuanya telah selesai menjalani proses mahkamah.. “Pada hari...

Terengganu jadi tuan rumah Muzakarah Falak Kebangsaan

KUALA TERENGGANU - Terengganu telah terpilih menjadi tuan rumah sempena Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2023. Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, tema muzakarah yang diangkat pada kali ini ialah 'Melestarikan Kemajuan Falak Melalui Penyelidikan dan Penerbitan'. "Pelaksanaan muzakarah ini diselang seli penganjurannya dengan Munaqasyah Fiqh Falak Peringkat Kebangsaan. Hasrat utamanya adalah untuk meningkatkan...