Home Kenyataan Media PAS Wilayah

TAHNIAH USTAZ AZHAR, PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

33
SHARE

Mesyuarat PAS Pusat yang berlangsung pada 30 Oktober 2023 telah bersetuju melantik Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan bagi sesi 2023-2025, menyambung khidmatnya sebagai Pesuruhjaya bagi sesi yang kedua. Saya mewakili seluruh ahli Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berbesar hati mengucapkan tahniah atas pelantikan ini.
Untuk memimpin sebuah organisasi di peringkat Wilayah Persekutuan, perlu kepada tekad dan iltizam yang jitu, di samping pergantungan yang sepenuhnya kepada Allah SWT dalam melaksanakan segala tuntutan dan arahan parti dan pucuk pimpinan.
Bersesuaian dengan arahan beliau setiap kali menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, agar semua ahli mesyuarat melaksanakan solat hajat dan istikharah, semoga perjalanan dalam tempoh 2 tahun sebagai Pesuruhjaya ini akan sentiasa dibimbing dan dipimpin oleh Allah SWT akan setiap tindakan dan keputusan.
Akhirnya, semoga PAS Wilayah Persekutuan akan terus bergerak maju dan cemerlang dalam memantapkan perkaderan ahli baharu dan membugar tarbiah, semangat dan komitmen para amilin agar terus melaksanakan gerak kerja parti hanya kerana Allah SWT semata.
Siru ‘ala barakatillah.