Lapangan Terbang Kerteh mampu bina sumber kekayaan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 November – Lapangan Terbang Kerteh berpotensi menjadi lokasi strategik untuk membina sumber kekayaan baharu negeri ini dalam bidang aeronautik (kajian penerbangan). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata sektor penerbangan 'conventional' dan 'green aviation' boleh terus diteroka. Katanya, beliau percaya kerajaan negeri telah mengenal pasti peluang baharu untuk dimajukan kawasan berkenaan. “Komitment berterusan khususnya pihak petronas...
‘PAS letak Dr Sam untuk jadi PM’ – KJ
KUALA TERENGGANU, 29 November - Langkah PAS meletakkan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bukan semata-mata kerana ingin memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, tetapi merupakan usaha meletakkan Menteri Besar Terengganu itu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang berkaliber pada masa akan datang. Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia juga merupakan satu agenda memperkenalkan kepada negara bahawa PAS memiliki calon teknokrat yang sangat...
Kerajaan akan terus perkasa wanita Terengganu
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri sedang mengukuhkan agenda pembangunan wanita yang bersesuaian dengan prinsip wanita mesra syariah melalui Dasar Wanita Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, langkah ini diambil untuk membolehkan kaum hawa keluar daripada kehidupan yang konvensional, merangkul potensi yang lebih luas, dan menyokong perkembangan holistik mereka. “Kita mengakui Dasar Wanita...
TADC, MCT meterai perjanjian bangunkan rimbunan kasih
Kuala Terengganu, 29 November - Jabatan Pertanian Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) dan MCT Agriculture Sdn BHd (MCTA) menandatangani perjanjian bagi Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang, Dungun di Wisma Darul Iman di sini semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato' Tun Faisal Tun Abdul...
Kerajaan gagal: Kaji selidik buktikan lonjakan kemarahan rakyat
Dapatan badan kaji selidik bebas, Merdeka Center, ke atas 1,220 responden seluruh negara dari 4 Oktober ke 24 Oktober menunjukkan selepas setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri semakin ramai rakyat yang marah kepada beliau dan Kerajaan PH-BN. Dalam kaji selidiknya ke atas 1,209 responden seluruh negara dari 26 Disember 2022 ke 15 Januari 2023, waktu mula-mula Datuk Seri...
PRK Kemaman; Kerja keras hingga hari pengundian
KUALA NERUS – Muslimat terus berusaha dan bekerja keras agar sokongan berterusan kepada Dr. Sam, calon PAS PRK Kemaman supaya menang dengan bergaya pada hari pengundian 2 Disember depan. Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, YM Tuan Roslina binti Tuan Sulaiman berkata, jenteranya mula bertugas pada 5 November lalu, akan berterusan sehingga selesai. ”Alhamdulillah dari Kuala Nerus iaitu dari DUn...
Royalti petroleum; Sepatutnya RM1.5 bilion , hanya terima RM510 juta
KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri ini belum menerima sepenuhnya pembayaran hak royalti petroleum dengan anggaran terimaan sebanyak lebih RM1.5 bilion tahun ini. Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan pusat PH-BN masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum milik rakyat Terengganu secara penuh setakat Oktober 2023. “Tetapi kita hanya menerima RM510 juta sahaja setakat bulan lalu. “Jumlah itu jauh...
Terengganu sedang siapkan pelan tindakan Bandar Pintar
KUALA TERENGGANU, 28 November - Kerajaan negeri sedang menyediakan pelan tindakan bandar pintar melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia melibatkan empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Marang melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melaksanakan kajian bandar pintar. "Matlamat kajian ini adalah bagi penyediaan dasar-dasar...
Jangan terperangkap dengan budaya politik lama – Dr Sam
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berpendapat, negara mahupun negeri tidak boleh bergerak ke hadapan sekiranya parti-parti politik masih lagi terperangkap dengan budaya politik lama. Katanya, sekiranya parti-parti politik yang ada tidak ‘update’ dengan perkembangan semasa dan masih lagi mengekalkan cara lama seperti politik permusuhan, kata mengata, fitnah dan sebagainya, mereka masih terperangkap dengan zaman...
Populasi penyu agar Terengganu paling tinggi semenanjung Malaysia
KUALA TERENGGANU – Populasi penyu agar yang terdapat di pantai-pantai seluruh Terengganu mempunyai bilangan tertinggi di semenanjung Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kerajaan negeri akan memberi penumpuan yang lebih kepada penjagaan dan perlindungan sumber spesies penyu itu. Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) telah melaksanaan pelbagai program...