Home Berita PAS Terengganu

Royalti petroleum; Sepatutnya RM1.5 bilion , hanya terima RM510 juta

15
SHARE

KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri ini belum menerima sepenuhnya pembayaran hak royalti petroleum dengan anggaran terimaan sebanyak lebih RM1.5 bilion tahun ini.

Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan pusat PH-BN masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum milik rakyat Terengganu secara penuh setakat Oktober 2023.

“Tetapi kita hanya menerima RM510 juta sahaja setakat bulan lalu.

“Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding tahun 2022 (zaman PN) apabila rakyat Terengganu menerima hak mereka sebanyak RM1.1 bilion,” katanya selaku Menteri Besar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (Belanjawan 2024) di Wisma Darul Iman hari ini.

Tambah Dr. Sam, berdasarkan jumlah terimaan tahun ini, Kerajaan Persekutuan masih belum membayar RM1.01 bilion kepada kerajaan negeri.

Untuk rekod, pembayaran royalti petroleum telah ditukar kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) mulai tahun 2004 sehingga tahun 2018, kemudian DKKP ditukar kepada Bayaran Tunai Petroleum bermula tahun 2019 dan ditukar kepada Wang Ehsan pada 11 Mac 2022 sehingga sekarang.