Masyarakat Perlu Tingkatkan Kesedaran Sivik
LEMBAH PANTAI, 10 Mac - Sikap kurang bertanggungjawab masyarakat perlu dibaiki bagi menghidupkan komuniti yang benar-benar aman. Demikian respon Tuan Haji Fauzi yang merupakan tokoh NGO serta aktivis masyarakat ketika menziarahi keluarga mangsa yang maut dibaling kerusi semalam. "Kita memandang kejadian ini suatu kes yang serius. Etika hidup dalam kejiranan samada kependudukan padat atau sederhana perlu dititikberatkan agar ia tidak lagi...
Kenyataan Akhbar : Isu Tawaran Calon
Merujuk kepada berita yang telah disiarkan oleh pihak Malaysiakini di pautan https://www.malaysiakini.com/news/415277 Saya Shuhaimi Embong menafikan pemberitaan yang telah dibuat tersebut yang jelas telah menyeleweng dan terkeluar daripada maksud asal dan sebenar saya ketika berucap dan kemudian ditanya oleh pihak wartawan. Saya tahu saya tiada hak untuk menawarkan sesiapa untuk menjadi calon (Bahkan saya bukan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat seperti...
Pemuda PAS Sabah mampu cipta sejarah kemenangan.
Oleh : Mustaman Mustain 12 Mac 2018 TAWAU : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mampu mencipta kejutan sekaligus sejarah bagi perjuangan PAS di negeri ini dengan memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi DUN atau parlimen dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14). Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Karim di Hotel De Choice dekat sini pada sabtu lalu. Beliau yang...
Muktamar Pemuda PAS Sabah sasar kemenangan PRU14.
Oleh : Mustaman Mustain 11 Mac 2018 TAWAU : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) dalam Muktamar Kali Ke 31 yang diadakan semalam di Hotel De Choice telah mensasarkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14). Iltizam dan komitmen ini ditunjukkan seawal ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Pemuda, Zulzaim Hilmee Abidin yang bertemakan "Meraih Lakaran Kemenangan". Menurut Zulzaim, Pemuda PAS Sabah optimis...
Sumbangan dan sokongan Jibg percepatkan perkembangan PASTI
TAWAU: PAS Kawasan Tawau menerusi Lajnah Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama PAS Cawangan Apas dan PASTI Tawau telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup antara Jemaah Ibu Bapa dan Guru ( JIBG) PASTI Kawasan Tawau , di sini, semalam. Kejohanan yang berlangsung di Tawau Futsal Centre itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan 19 pasukan muslimin dan 11 pasukan muslimat. Majlis...
Pesta Bola PASTI Kawasan Batu 2018
Kuala Lumpur, 10 Mac 2018 - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Batu telah menganjurkan Pesta Bola yang mempertandingkan perlawanan bola sepak bagi kategori lelaki dan bola jaring bagi kategori perempuan. Sebanyak 7 PASTI yang terlibat telah menghantar pasukan, Ar-Rasyidin, Ibnu Sina, As-Siddiq, As-Syafie, Al-Mustaqim, Al-Qamar dan Little Daie. Semua pasukan bermain di peringkat kumpulan bagi melayakkan kemaraan ke peringkat...
Nostalgia Tertubuh PAS Bukit Bintang 33 tahun lalu
Kuala Lumpur - Malam Jumaat 9 Mac suasana di rumah 33 Jalan Amzil kelihatan terang benderang dan meriah. Setiap ruang di rumah YDP Bt Bintang itu dipenuhi oleh ahli-ahli mesyuarat dan perwakilan serta pemerhati. Kebetulan tidak jauh dari situ sedang berlangsung ceramah perdana PAS Batu meraikan kejayaan mendapatkan semula markaz kawasan yang dirampas oleh PAN. Mereka semua tekun memberi...
Ziarah PAS Batu: Iltizam Untuk Dekati Masyarakat
ZIARAH PAS BATU: ILTIZAM UNTUK DEKATI MASYARAKAT Taman Bullion Mewah - Jentera PAS Kawasan Batu (Zon 2) hari ini sekali lagi turun bertemu pengundi bagi menyampaikan hasrat dan iltizam PAS untuk turun meletakkan calon di Parlimen Batu dalam PRU akan datang. Program saban minggu ini dilakukan serentak di seluruh Parlimen Batu yang dipecahkan kepada 5 Zon bagi melicinkan gerak kerja. Program...
Bukan hanya mimpi di siang hari.
DUNGUN-PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hanya mimpi di siang hari untuk menjadi peneraju memerintah Malaysia, malah ianya berpotensi untuk merealisasikan hasrat tersebut. Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata PAS sendiri mempunyai lakaran yang jelas, yang viral dipersadakan daripada musim pilihan raya lagi dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera(WINS) yang sasarannya sehingga tahun 2051. “Kita berada di...
Pimpinan PAS Negeri Sembilan ziarah asnaf di Kota, Rembau
REMBAU, 11 MAC 2018 : Pimpinan PAS Negeri Sembilan telah mengadakan program ziarah asnaf-asnaf di DUN Kota, di sini semalam. Program ziarah asnaf itu diketuai oleh Bendahari PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Dolah serta AJK PAS Kawasan Rembau, Haji Ishak Omar. Terdahulu, pimpinan-pimpinan PAS itu telah menyempurnakan solat zohor berjemaah di Masjid Kampung Penajih yang baharu siap pembinaannya, bersama penduduk kampung,...