Home Berita PAS Wilayah

Pesta Bola PASTI Kawasan Batu 2018

1003
SHARE

Kuala Lumpur, 10 Mac 2018 – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Batu telah menganjurkan Pesta Bola yang mempertandingkan perlawanan bola sepak bagi kategori lelaki dan bola jaring bagi kategori perempuan. Sebanyak 7 PASTI yang terlibat telah menghantar pasukan, Ar-Rasyidin, Ibnu Sina, As-Siddiq, As-Syafie, Al-Mustaqim, Al-Qamar dan Little Daie.

Semua pasukan bermain di peringkat kumpulan bagi melayakkan kemaraan ke peringkat separuh akhir, seterusnya penentuan tempat ke-3 dan pusingan akhir bagi menentukan johan dan naib johan.

Perlawanan bola sepak telah disandang oleh Johan tahun lepas iaitu Ar-Rasyidin, naib johan dirangkul oleh Ibnu Sina dan Al-Qamar mendapat tempat ke-3.

Bagi perlawanan bola jaring pula, Ar-Rasyidin telah menjadi johan, Al-Qamar naib johan dan Al-Mustaqim mendapat tempat ke-3.

Perlawanan ini telah diadili oleh pengadil profesional yang dijemput khas. Johan akan mewakili kawasan ke peringkat PASTI Wilayah Persekutuan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya. Turut hadir bersama adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu, Ustaz Mohd Norhan Hamsi.