Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Belia merupakan golongan yang menjadi tunggak kepada negara. Merekalah sandaran, pewaris masa depan kepada negara. Justeru, besarnya peranan para belia. Jangan sesekali sia-siakan usia belia ini. Manfaatkan diri demi agama, bangsa dan negara. Persiapkan diri dengan segala keperluan rohani dan jasmani. Bentengi diri daripada ancaman musuh. Sentiasalah tolong-menolong ke arah kebaikan. Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mengucapkan...
“KECAM PEMINDAHAN KEDUTAAN AMERIKA KE BAITULMAQDIS”
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 15 Mei 2018 | 29 Sya'ban 1439 1. Perpindahan rasmi Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis merupakan suiz pemula kepada sengketa dan pertembungan dunia. Ianya berisiko memarakkan api fitnah yang menjurus ke kancah peperangan angkara penjajahan era baharu pentadbiran Donald Trump. 2. Disebalik sikap mendabik dada Amerika kononnya sebagai negara 'penegak keamanan' dan 'polis dunia',...
PAS Batu Ucap Tahniah dan Terima Kasih Kepada Petugas PAS dan Pengundi P115 Batu
*KENYATAAN MEDIA* _PAS Kawasan Batu_ Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pengundi yang telah membuat pilihan masing-masing pada hari ini. PAS Batu menerima keputusan yang telah diumumkan secara rasmi sebentar tadi dengan penuh muhasabah. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan undi kepada PAS. Namun, sama-samalah kita menerima takdir Allah ini sebagai...
Secangkir Terima Kasih dari PAS Titiwangsa
PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan Tahniah kepada para pengundi di P119 -Parlimen Titiwangsa kerana turun mengundi pada 9 Mei lalu. Sekalung penghargaan dan jutaan Terima kasih diucapkan kepada pengundi-pengundi di P119 Parlimen Titiwangsa yg telah memberi kepercayaan dan mengundi Parti Islam Semalaysia(PAS). Walaupun calon PAS masih belum diberikan mandat sebagai ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat Titiwangsa, namun kami optimis akan terus...
PAS Batu Ucap Selamat Mengimarahkan Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum warahmatullah. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” Al Baqarah 183 PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang. Marilah...
PAS bukan kalah, tapi belum menang.
Oleh : Mustaman Mustain. 15 Mei 2018. BATU SAPI : PAS di Batu Sapi bukannya kalah tetapi belum menang kerana jentera pilihan raya di semua peringkat sudah bertungkus lumus bagi memenangkan PAS walaupun akhirnya tidak berjaya pada 9 Mei lalu. Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid dalam Majlis Kesyukuran Jentera Pilihan Raya PAS Batu Sapi...
Kecaman Terhadap Pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat Di Baitul Maqdis
Kenyataan Media Presiden PAS KECAMAN TERHADAP PEMBUKAAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI BAITUL MAQDIS Tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah sejarah hitam penguasaan Israel-Zionis terhadap bumi Palestin, ketika negara umat Islam mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang mencetuskan perbezaan mazhab dan kaum bagi memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan mengalihkan tumpuan daripada memperjuangkan pembebasan Palestin. PAS bersama seluruh umat...
15 Mei 2018 : Memperingati Hari ‘Nakbah’ Palestin di Ambang Ramadan
1. Kerakusan rejim Zionis meratah bumi Palestin dengan nafsu amarah terus menzalimi umat Islam tanpa sekelumit jiwa peri kemanusiaan sehingga mengundang hiba buat seluruh dunia. 2. Dunia seakan buta menilai kesakitan anak-anak Palestin yang kehilangan keluarga, tandus tempat berteduh, bumi yang dahulu subur kini menjadi lantai berselerakkan peluru seakan tiada harapan untuk mereka menikmati erti kehidupan. 3. Atas dasar prihatin, Muslimat...
Rakyat Mesti Terus Pantau dan Kawal Kerajaan Baru Pasca PRU-14
RAKYAT MESTI TERUS PANTAU DAN KAWAL KERAJAAN BARU PASCA PRU-14 Oleh : YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Ahli Parlimen Kuala Nerus Selasa 15hb Mei 2018 1. Tsunami politik baru sahaja berlaku sehinggakan Kerajaan Persekutuan beralih teraju daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH). Kerajaan-kerajaan negeri juga hampir semuanya dilanda perubahan yang sama. BN hanya menguasai dua negeri sahaja iaitu Pahang...
Bangunkan Kelantan tanpa kira politik
PASIR PUTEH - Seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik diminta menggembleng tenaga secara bersama bagi membangunkan Kelantan dalam pelbagai aspek. Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kejayaan Pas mempertahankan Kerajaan Kelantan bukan sahaja kerana disokong ahli Pas. “Saya percaya ahli parti lain turut menyokong Pas dalam PRU14 sehingga di Pasir Puteh ini,...