Home Artikel PAS Wilayah

Secangkir Terima Kasih dari PAS Titiwangsa

497
SHARE

PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan Tahniah kepada para pengundi di P119 -Parlimen Titiwangsa kerana turun mengundi pada 9 Mei lalu.

Sekalung penghargaan dan jutaan Terima kasih diucapkan kepada pengundi-pengundi di P119 Parlimen Titiwangsa yg telah memberi kepercayaan dan mengundi Parti Islam Semalaysia(PAS).

Walaupun calon PAS masih belum diberikan mandat sebagai ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat Titiwangsa, namun kami optimis akan terus menyemai bakti kepada warga Titiwangsa sebagai sebuah parti yang membela kebajikan dan hak rakyat.

Akhir sekali, kami mengucapkan selamat menunaikan amanah rakyat kepada Pakatan Harapan yang telah memenangi Pilihan Raya Umum ke 14, khususnya di Parlimen Titiwangsa.

Semoga Allah memberkati bumi Titiwangsa.

#TitiwangsaSejahteraBersamaIslam