Sogok pengundi: SPRM diminta siasat
TANAH MERAH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan digesa menjalankan siasatan secara telus berhubung dakwaan wujud unsur sogokan pada PRU14 melibatkan Dun Gual Ipoh dan Parlimen Tanah Merah. Bekas calon Pas Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan kepada SPRM selepas ada pihak mendakwa disogokkan sejumlah wang selain diberi beberapa barangan termasuk pengecas...
Segerakan projek pembesaran LTSIP
PASIR MAS - Kerajaan Kelantan berharap kerajaan persekutuan baharu yang dipimpin Pakatan Harapan dapat mempercepatkan projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, pembesaran projek itu dilihat mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. “Bukan itu sahaja, projek ini mampu menyediakan lebih banyak...
Semua kerana Tok Guru Haji Hadi?
KALAU dulu apa yang berlaku semua kerana DS Anwar, sekarang pula semua kerana Tuan Guru Hj Hadi Awang. Apabila dendam kesumat yang bersarang di hati maka akan zahir di mulut dan perbuatan. Kenapa marah sangat dengan TG Haji Hadi? Adakah dia bolot harta ketika menjadi MB Terengganu. Adakah dia memiliki rumah banglo mewah? Adakah dia kaki perempuan? Adakah dia kaki judi?...
Kumpulan PKINK Sumbang Rm100 Ribu Isi Tabung Madinah Ramadan
KOTA BHARU– Selain mementingkan kebajikan rakyat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut mengutamakan majlis ilmu dan ibadat di negeri ini. Seperti tahun sebelumnya, PKINK merupakan antara penyumbang utama dalam menjayakan program Ihya Ramadan di Madinah Ramadan buat kali ke 23 tahun ini. Sumbangan bernilai RM 100 ribu telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan,Ab Aziz Yunus kepada...
Jawatankuasa Siasatan Isu 1MDB
PARTI Islam SeMalaysia (PAS) menerima baik langkah Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Kes 1MDB yang diketuai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman. PAS yakin Jawatankuasa tersebut akan menjalankan siasatannya dengan profesional ‘without fear or favour’. PAS juga mengharapkan Jawatankuasa berkenaan akan menemui dan merumuskan suatu hasil siasatan yang baik serta bermanfaat untuk negara dan rakyat serta sekali gus...
Mesyuarat Exco pertama cukup memberi ilmu
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengadakan mesyuarat exco pertamanya hari ini selepas berjaya mempertahankan pemerintahan negeri pada PRU14 lalu. Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob itu diadakan di Kompleks Kota Darulnaim (SUK) hari ini. Kesemua empat orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru dilantik turut menghadiri mesyuarat itu. Mereka ialah Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Adun Selising)...
Tafakkur dan Tafaqquh Juz 7
TAFAKKUR bacaan al-Quran hari ini memfokuskan satu ayat berkenaan rahsia penciptaan bintang di langit serta manfaatnya kepada makhluk di bumi. Allah S.W.T berfirman: وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (٩٧) "Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan malam di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami...
Dana Pembangunan SRITI AL Hawariyyun
SEKOLAH Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Hawariyyun ingin mengajak tuan puan bersama menyumbang ke arah pembangunan pendidikan Islam di Malaysia khususnya di Pelabuhan Klang. Kompleks Tarbiyah Al Hawariyyun sedang menjalankan kutipan sumbangan Dana Pembangunan untuk menaik taraf ruang tingkat 3 untuk dijadikan kelas bagi menghadapi sesi persekolah yang akan datang. Jumlah dana bagi menampung pembelanjaan menaik taraf tingkat 3 ini...
Kelantan akan kunjung hormat PM
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan kujungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata pihaknya sedang memilih waktu sesuai untuk mengadakan kunjungan itu. Beliau juga memberitahu kerajaan negeri bersedia mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Tun Mahathir demi kepentingan rakyat. “Antara perkara yang akan dibawa berbincang, mengenai tuntutan royalti...
Kunjungan Pimpinan PAS Batu Meringankan Beban Ahli
BATU, 21 Mei - Baru - baru ini, pimpinan PAS Kawasan Batu telah meluangkan masa untuk menziarahi seorang ahli kawasan itu yang diuji dengan masalah kesihatan. Kunjungan tersebut diwakili oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu iaitu Encik Shamsuddin, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Haji Abu Bakar, Setiausaha PAS Kawasan Batu, Encik Hishamudin dan Bendahari PAS Cawangan Taman Koperasi...