Penafian Berita
PENAFIAN BERITA Merujuk kepada dua keratan akhbar yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, berkenaan kenyataan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkaitan isu hak istimewa Melayu dan hukum berdemonstrasi. Pihak kami telah meneliti kedua-dua kenyataan tersebut dan menafikan kesahihan dan keabsahan maklumat yang disebarkan itu. Pihak kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan media berserta tandatangan Presiden PAS (rujuk kenyataan...
Teruskan Agenda Penyelesaian Islam
ARAU : Tema 'Islam Memimpin' yang diangkat pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-64 merupakan suatu simbolik dalam menegaskan betapa pentingnya peranan setiap pendokong PAS untuk terus menerajui agenda penyelesaian Islam bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Pelajar PASTI Tambun tempat pertama keseluruhan Negeri Perak
Tahniah kepada adik Muhammad Razin Radhi bin Mohd Razif daripada pelajar PASTI Tambun kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam ujian peperiksaan pelajar-pelajar terbaik seluruh kawasan dalam negeri Perak. Kami sentiasa mendoakan semoga beliau terus mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa-masa mendatang, bersama kita doakan agar beliau menjadi anak soleh yang berjaya di dunia & akhirat. Tahniah & Terima kasih kepada...
Lebih 600 Hadir Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden
ARAU : Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS dan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Perlis di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam semalam mencatatkan kehadiran lebih 600 orang peserta.
Taawun: Beri Kepercayaan Kepada Pimpinan
ARAU : Percaturan politik yang berlaku dalam situasi politik tidak menentu mutakhir ini memerlukan kepada strategi yang bijak oleh kepimpinan PAS serta imuniti yang kukuh para pendokongnya, demikian dinyatakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Dr. Mahfodz Mohamed.
Kalau Rumah Kita Kaca, Jangan Cuba Baling Rumah Orang
Sekali Serban Dililit. 100 16 Rabi’ul Awwal 1440 | 24 November 2018 KALAU RUMAH KITA KACA, JANGAN CUBA BALING RUMAH ORANG Oleh : Nasrudin bin Hassan https://m.facebook.com/serbandililit 1. YB Anwar Ibrahim telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik. Kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku. 2. Saya kira Anwar telah alami “rabun dekat” atau “tuli badak” bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak...
Munajat AKIFI Medan Muhasabah Muslimat Rabbani
Oleh: UMMU AL - FATEH TASEK GELUGOR: Kehadiran Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Mohd Salleh ke Gelombang AKIFI 11.0 pada 22 November di Taman Teluk Air Tawar Indah amat dinanti-nantikan oleh muslimat PAS Pulau Pinang. Gelombang Munajat AKIFI merupakan medan muslimat Rabbani bermuhasabah, dengan meletakkan penyerahan diri kepada Allah dengan memohon keampunan dan memuji Allah yang merupakan antara syarat...
BAJU BANTAH ICERD PAS SELANGOR
Tempahan Online Baju BANTAH ICERD PAS SELANGOR https://goo.gl/forms/Xojv6OZdiwg0JLVO2
Sahut Cabaran Perubahan Demi Mencipta Kemenangan
ARAU: Seluruh kepimpinan serta ahli PAS perlulah memulakan satu pendekaran baru iaitu menyahut cabaran perubahan senario politik negara demi memastikan pas terus relevan serta mampu mencipta kemenangan dalam PRu15 nanti.
Rumusan Lim Kit Siang Dangkal
Kenyataan Media Penerangan. 244/115 15 Rabi’ul Awwal 1440 | 23 November 2018 RUMUSAN LIM KIT SIANG DANGKAL Oleh : Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat https://m.facebook.com/kpenerangan 1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan rumusan Lim Kit Siang mengenai negara umat Islam seluruh dunia yang meratifikasi ICERD adalah dangkal. 2. Lim Kit Siang dicabar untuk membuktikan mana-mana negara umat Islam di seluruh dunia yang mempunyai latar sejarah...