Home Artikel PAS Perlis

Lebih 600 Hadir Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden

142 views
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

ARAU : Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS dan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Perlis di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam semalam mencatatkan kehadiran lebih 600 orang peserta.

Jumlah kehadiran yang sangat memberangsangkan ini membuktikan semangat serta komitmen para pendokong jentera PAS Negeri Perlis dalam meneruskan agenda dan gerak kerja menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Objektif utama munaqasyah ini adalah bagi memberikan huraian serta penerangan berhubung intipati Ucapan Dasar Presiden PAS seperti yang telah dibentangkan dalam muktamar yang lalu di samping pengarahan-pengarahan semasa parti untuk tindakan seluruh penggerak PAS.

Program yang diadakan bersama dengan himpunan jentera pilihan raya tersebut telah berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed, AJK PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik dan Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusoff, hadir selaku pembentang kertas kerja.

Selain sesi pembentangan kertas kerja, turut diadakan majlis pelancaran Kempen PAS Pilihanku 2.0 Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Dato’ Haji Dr. Mahfodz Mohamed.

Para peserta juga berpeluang bertanya soalan kepada para pembentang menerusi sesi soal jawab yang diadakan pada akhir setiap slot pembentangan.