Tun, tarik tuduhan liwat terhadap Anwar!
PAS Pahang meminta Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik semula tuduhan liwat terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum menasihati PAS dalam usaha penyatuan ummah dengan UMNO. Ketua Penerangannya, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kedua-dua pimpinan daripada gabungan PH itu boleh mewujudkan kerjasama tanpa menarik pun tuduhan liwat yang mengaibkan Anwar sebelum ini. Tarmizi yang juga Adun Panching berkata, namun...
HWPU913 : Menjaga Akidah dan Menambah Ilmu Teras Kekuatan
HWPU913 : Menjaga Akidah dan Menambah Ilmu Teras Kekuatan Oleh : Ara Rabiatul KUALA LUMPUR 13 SEPT : Slot tadabbur Surah As-Saff disimpulkan dengan nasihat daripada Yang Berhormat Senator Hajjah Ustazah Nuridah kepada semua hadirin agar umat Islam menjaga akidah dan sentiasa berusaha untuk menambah ilmu. Beliau berujar bahawa akidah umat Islam sangat penting dalam menjayakan misi penyatuan ummah kerana bagi memenuhi...
HWPU913 : Gema Munajat Menyatu Hasrat Memohon Berkat
Gema Munajat Menyatu Hasrat Memohon Berkat Oleh: Khairunnashriah Binti Mohd KUALA LUMPUR, 13 Sept – Seramai hampir seribu wanita berkumpul memenuhi ruangan solat di Dewan Tun Razak 3, Aras 3 PWTC bagi mengalunkan zikir munajat dan menunaikan solat sunat hajat secara berjemaah. Solat sunat hajat dua rakaat yang menjadi acara pembukaan Himpunan Wanita Penyatuan Ummah (HWPU) tersebut dipimpin oleh YB Senator Hajjah...
HWPU913 : Perjuangan Membawa Cahaya Islam
HWPU913 : Perjuangan Membawa Cahaya Islam Oleh:Ara Rabiatul KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER - Slot Surah As-Saff diteruskan dengan mengupas isu semasa oleh Yang Berhormat Senator Ustazah Nuridah. Isu Penyatuan Ummah yang bermula dari Himpunan ICERD, Statut Ron, isu pengusiran Dr Zakir Naik dari Malaysia dan sebagainya. Isu umat Islam di Malaysia menjadi topik panas kebelakangan ini dengan cubaan pelbagai pihak menimbulkan pelbagai...
HWPU913 : Penyatuan Ummah Goyahkan Kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan
HWPU913 : Penyatuan Ummah Goyahkan Kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan Oleh : Danisya Ismail KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER - Hikmah di sebalik kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke -14 mengubah landskap politik negara dan mencetuskan Penyatuan Ummah yang sedang berlaku kini. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato' Dr. Noraini binti Mohamad berkata, kekalahan tersebut membuka ruang yang luas kepada PAS dan UMNO bersatu...
HWPU913 : Bukti Kepentingan Penyatuan Ummah
HWPU913 : Bukti kepentingan Penyatuan Ummah Oleh : Danisya Ismail & Ara Rabiatul KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER - Hadirin yang memenuhi ruang Dewan Tun Hussein Onn menghayati tadabbur Surah As saff dipengerusikan oleh moderator , Dato Dr Mashitah Ibrahim. Moderator mengulas bahawa kepentingan Penyatuan Ummah ini adalah selari seperti seruan Allah melalui surah As Saff. "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela...
HIJRAH KE ARAH KECEMERLANGAN ISLAM
HIJRAH KE ARAH KECEMERLANGAN ISLAM Oleh: Hafsah Abd Rahman TEBRAU, 11 September – PAS Kawasan Tebrau telah meneruskan siri-siri Liqa’ Thaqafi dengan tajuk Hijrah ke arah kecemerlangan Islam bertempat di Balai Islam Tok Guru Nik Aziz (TGNA) baru-baru ini. Program sebegini dianjurkan sebagai menambah ilmu dan kefahaman setiap ahli PAS Tebrau dengan dasar perjuangan PAS selain menguatkan keyakinan terhadap kebenaran Islam yang...
HWPU913 : Integriti Seorang Pemimpin dan Penyatuan Ummah
HWPU913 : Integriti Seorang Pemimpin dan Penyatuan Ummah Surah As-Saff menjadi pilihan surah pada slot tadabbur yang dikendalikan moderator Yang Berbahagia Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Panel pertama YB Dato' Dr Noraini Ahmad menarik audiens dengan persoalan integriti dalam tugas yang digalas. Seorang pemimpin dalam menunaikan apa yang dijanjikan perlulah menunaikannya dengan sebaiknya. Seorang yang berintegriti akan sentiasa berpegang dengan setiap kata-katanya. Soalan...
HPU 914: Muslimat-Wanita seteguh surah As-Saff
Oleh: Danisya Ismail & Ara Rabiatul KUALA LUMPUR: Ketenangan majlis Himpunan Wanita Perpaduan Ummah yang digamit bacaan surah as-Saff oleh Humaira Johari menjadi intipati penting dalam kupasan wacana di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, pagi ini. Dimoderatorkan oleh Dato' Dr Mashitah Ibrahim, majlis menampilkan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Wanita Umno Malaysia, Dato' Dr Noraini...
Malaysia Oh Tanah Airku
Saya dilahir di tanahair ini selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan terbentuknya Malaysia. Saya pernah dididik tentang sejarah tanahair. Walaupun saya tidak mahir tentang keseluruhan sejarah Malaysia, tetapi asas kepada kewujudan dan kemerdekaannya dapat saya fahami. Asasnya adalah keinginan warganegaranya untuk bebas dari penjajahan. Setahu saya ketika itu UMNO, PAS, MCA dan MIC telah sepakat untuk memperjuang dan menuntut kemerdekaan...