Kenyataan media | Seruan pendaftaran dan pengambilan vaksin Covid-19 – DMPKMT

KAMI Dewan Muslimat PAS Masjid Tanah (DMPKMT) dan Ameerah Masjid Tanah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di negeri Melaka dan di Kawasan Masjid Tanah, ahli PAS serta semua, tidak kira golongan tua atau muda untuk mendaftar seterusnya mengambil vaksin covid-19 dengan segera. Marilah sama-sama memberi sokongan dalam usaha kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini. Vaksinasi ini amat penting untuk...

Ucapan takziah atas pemergian almarhum Syeikh Abdul Wahab Al-Dailami

Almarhum Syeikh Abdul Wahab Al-Dailami

Rasa sedih menyelubungi suasana tatkala mendapat perkhabaran pemergian Syeikh Abdul Wahab al-Dailami pada 26 Mei 2021 Masihi bersamaan 14 Syawwal 1442 Hijrah yang lalu akibat jangkitan wabak pandemik Covid-19. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, semoga bersabar dan redha atas ujian ini. Beliau merupakan sahabat saya ketika menuntut ilmu di Universiti Islam Madinah suatu ketika dahulu. Seorang yang berjasa besar kepada...

PKPD – Polis laksana sembilan sekatan jalan raya di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, - Sebanyak sembilan sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama di daerah dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa hari ini sehingga 12 Jun. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din melaporkan, pihaknya juga melaksanakan 10 sekatan di beberapa laluan alternatif melibatkan sempadan daerah Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu yang menghubungkan...

Ucapan takziah atas pemergian almarhum Tan Sri Harussani Zakaria

Rasa hiba menyelubungi diri saya, apabila dikhabarkan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria, 82 tahun kembali ke rahmatullah pada jam 2:45 petang tadi. Beliau telah dijangkiti wabak pandemik COVID-19 pada minggu lalu dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Sesungguhnya, Almarhum merupakan seorang yang sangat...

Besut tertakluk kepada SOP PKPD

KUALA TERENGGANU, 30 Mei - Seluruh daerah Besut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Besut yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara bermula pada 22 Mei lalu sehingga 4 Jun nanti. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Besut (JPBD), Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, makluman itu dibuat selepas terdapat kekeliruan dalam kalangan orang awam khususnya...

Lockdown – Terengganu mohon kebenaran untuk pesawah

KUALA TERENGGANU, 30 Mei - Terengganu akan memohon kebenaran dengan pihak berkuasa supaya penanam padi di negeri ini diberi kelonggaran turun ke sawah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dikuatkuasakan bermula 1 Jun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permohonan itu akan diserah kepada Jawatankuasa Khas Negeri dalam masa...

Peniaga sambut baik pengumuman SOP ‘Lockdown’

KUALA NERUS, 30 Mei – Rata-rata peniaga meluahkan rasa gembira dengan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) petang tadi. Peniaga nasi bajet, Fadhil Asyraf, 32, bersyukur apabila kerajaan membenarkan sektor makanan seperti kedainya dapat beroperasi walaupun syarat yang ketat. “Memang rasa lega apabila dibolehkan berniaga seperti biasa walaupun mungkin kehadiran pelanggan berkurang cuma...

‘Biadap dan keterlaluan!’

ARAU, 30 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis semalam telah membuat laporan polis terhadap Iswardy Morni berhubung satu perkongsian video yang tular di laman sosial Facebook menggunakan nama Iswardy Morni Official.

PAS cawangan kampung setia jaya terus berkhidmat

WANGSA MAJU 1 JUN - PAS Kampung Setia Jaya telah menyampaikan 15 bakul makanan hasil sumbangan Wanita Perikatan Nasional (PN) Malaysia melalui YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh disini semalam. Agihan ini bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi masyarakat di Kg. Setia jaya. Saya amat berterima kasih kepada YB Kak Nuri atas sumbangan yang diberikan kerana kita telah menjadi sebahagian daripada...

PKP 3.0 : PAS Wangsa Maju agih bakul makanan bantu rakyat

WANGSA MAJU, 1 Jun- PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Padang Balang berjaya melaksanakan Program 'DAPUR RAKYAT' di sini semalam. Program bertempat di PASTI Genius Mursyid, Padang Balang itu bertujuan mengagihkan barang keperluan bernilai RM100 untuk setiap isi rumah yang layak. Ketua PAS Cawangan Kampung Padang Balang, Haji Shahidan mewakili Penyelaras Parlimen Wangsa Maju,YB Senator Ustazah Nuridah Mohd...