Home Kenyataan Media Presiden PAS

Ucapan takziah atas pemergian almarhum Tan Sri Harussani Zakaria

57
SHARE

Rasa hiba menyelubungi diri saya, apabila dikhabarkan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria, 82 tahun kembali ke rahmatullah pada jam 2:45 petang tadi.

Beliau telah dijangkiti wabak pandemik COVID-19 pada minggu lalu dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Sesungguhnya, Almarhum merupakan seorang yang sangat berjasa besar, khususnya kepada pembangunan Islam di negeri Perak. Beliau sudah memegang jawatan Mufti Perak selama lebih tiga dekad, bermula dari tahun 1985 sehingga tahun ini.

Almarhum turut terkenal dengan karya himpunan fatwanya yang berjudul ‘Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)’. Selain itu juga, banyak terlibat dalam pembentangan kertas kerja dan memberikan pandangan terhadap masalah semasa.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum atas ujian duka ini, semoga bersabar dan redha atas ketentuan Allah SWT ini.

Marilah kita berdoa agar Allah SWT menerima segala amal soleh, mengampunkan segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan para solihin.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

https://www.facebook.com/146911248727335/posts/4004240646327690/?sfnsn=mo