Majlis Pelancaran “Tabung Bencana Covid”

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis malam ini! Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil insiatif untuk menggerakkan Tabung Bencana Covid sebagai usaha berterusan parti menyantuni kebajikan rakyat Malaysia. Justeru jom saksikan: ▶️ Majlis Pelancaran "Tabung Bencana Covid" ◀️ ? Selasa, 1 Jun 2021 ⏰ 9.15 malam - 10.40 malam ? Facebook Live https://www.facebook.com/paspusat ?️Dengarkan ucapan daripada barisan kepimpinan: 1. YB Dato' Sri Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan...

PAS lancar kempen kutipan dana ‘ Tabung Bencana Covid-19 ‘

PAS LANCAR KEMPEN KUTIPAN DANA “TABUNG BENCANA COVID-19” Selaras dengan kedudukan sebagai sebuah Parti Berkebajikan, maka PAS Pusat dengan penuh rasa kesedaran dan insaf terhadap kesan penularan COVID-19 yang bukan sahaja dari aspek kesihatan tapi juga kesan terhadap kehidupan ekonomi dan sosial, mengambil inisiatif menubuhkan TABUNG BENCANA COVID-19 PAS PUSAT. Tabung ini bertujuan untuk digunakan bagi membantu semua golongan yang...

Covid-19 Melaka | 352 kes baharu, 3 kematian

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 31 Mei : 352 kes jangkitan dan tiga kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut laporan itu daripada 352 kes jangkitan baharu yang direkodkan itu sebanyak 345 kes adalah daripada kategori tempatan dan tujuh kes lagi...

‘Total Lockdown’: Kembalilah kepada Allah

Pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan #totallockdown akibat peningkatan kes yang membimbangkan sememangnya perlu sebagai salah satu ikhtiar melawan penularan wabak COVID-19. Namun, satu sudut ikhtiar lagi yang kita mesti usahakan ialah kembali kepada jalan hidup yang Allah redhai. Bukankah setiap ujian termasuklah virus ini datangnya daripada Allah SWT, dan kepadaNya kita harus kembali bergantung harap. Firman Allah dalam Surah Al-An'am ayat 42...

Dewan Ulama Pas Pusat seru semua rakyat daftar dan menerima vaksin

FAHAMI SEJARAH VAKSINASI Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang menganjurkan program Jom Vaksin. Saya mewakili YB Dr Nik Zawawi Salleh, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat telah diberi ruang untuk berucap dalam program pelancaran yang telah diadakan pada 29 Mei 2021. Program seumpama ini mesti digerakkan oleh semua pihak samada agensi Kerajaan, swasta, syarikat-syarikat,...

Lockdown : Terengganu mohon kebenaran untuk pesawah

KUALA TERENGGANU, Terengganu akan memohon kebenaran dengan pihak berkuasa supaya penanam padi di negeri ini diberi kelonggaran turun ke sawah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dikuatkuasakan bermula 1 Jun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permohonan itu akan diserah kepada Jawatankuasa Khas Negeri dalam masa terdekat untuk...

Lockdown : Pasar raya ditutup kecuali premis jual keperluan asas

PUTRAJAYA - Kompleks beli-belah ditutup kecuali premis pasar raya jualan makanan dan keperluan asas sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, bermula Selasa depan. Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembukaan premis yang dibenarkan melibatkan bahagian makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, 'mini mart' dan restoran untuk bawa pulang serta penghantaran ke...

Lockdown : Hanya dua orang dibenar dalam satu kenderaan

PUTRAJAYA – Kerajaan hanya membenarkan dua orang dalam satu kenderaan bagi tujuan mendapatkan keperluan asas dan makanan sepanjang tempoh pelaksanaan ‘total lockdown’ bermula Selasa ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, bagi tujuan perubatan dan kesihatan pihaknya memberi kelonggaran sebanyak tiga orang termasuk pesakit dalam satu-satu masa. “Pergerakan yang dibenarkan adalah dalam radius 10 kilometer...

Besut : Daerah PKPD di Terengganu

BESUT, Seluruh daerah Besut, Terengganu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Besut yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara bermula pada 22 Mei lalu sehingga 4 Jun nanti. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Besut (JPBD), Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, makluman itu dibuat selepas terdapat kekeliruan dalam kalangan orang awam khususnya berkenaan SOP yang...

Peniaga Terengganu sambut baik pengumuman SOP ‘Lockdown’

KUALA NERUS, Rata-rata peniaga meluahkan rasa gembira dengan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) petang tadi. Peniaga nasi bajet, Fadhil Asyraf, 32, bersyukur apabila kerajaan membenarkan sektor makanan seperti kedainya dapat beroperasi walaupun syarat yang ketat. “Memang rasa lega apabila dibolehkan berniaga seperti biasa walaupun mungkin kehadiran pelanggan berkurang cuma kerana hanya dibenarkan...