Kerjasama semua pihak jayakan PPV masjid

KUALA TERENGGANU – Kerjasama antara pelbagai pihak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat memberi peranan dalam menjayakan inisiatif Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid ketiga di Kampung Banggol Karah. ADUN kawasan itu, Ariffin Deraman berkata, antara bentuk kolaborasi adalah bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid dalam memenuhi kuota 300 orang untuk disuntik. “Melalui pengerusi JPKK,...

Ubah menu agihan bantuan BERKAT 3.0

KEMAMAN - Kali ini Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Kemasik membawa sedikit kelainan meraikan warga DUN Kemasik yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Menerusi sebuah program peringkat DUN Kemasik yang diadakan iaitu dinamakan ‘Program BersamaMu BERKAT 3.0’, dengan mengagihkan daging sejuk beku import. Sebanyak 3,000 pek daging lembu sejuk beku diserahkan kepada pengerusi-pengerusi JPKK DUN Kemasik dalam 30 buah kampung yang...

500 Penduduk Jabi selesai disuntik vaksin

SETIU- Seramai 500 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menerima suntikan vaksinasi Sinovac bagi ikhtiar menangani virus Covid-19. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata walaupun kuota yang disediakan agak terhad namun ia diagihkan di setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). "Alhamdulillah, program berjalan dengan sempurna dan baik. Permintaan rakyat kita melebihi bekalan. Kita cuma...

PKPD : 350 pek barangan dapur buat penduduk Kubang Jela

KUALA NERUS - Sebanyak 350 pek barangan keperluan dapur buat masyarakat terkesan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Kubang Jela telah bermula pengagihan semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim memaklumkan, barangan tersebut dihantar dan dikumpulkan di Masjid Kampung Kubang Jela sebelum diagihkan oleh petugas dari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat kepada semua...

COVID-19: tidur bangun atau tidur selamanya

KUALA NERUS - “Bila dah sampai ‘stage’ empat, saya bergantung kepada bantuan oksigen dan bila tiba saat perlu ‘ditidurkan’, doktor ajar saya mengucap, pada masa itu hanya berserah, tidur bangun kembali atau tidur selamanya,” ujar Syahril Hirman Azmi, sebagai bekas pesakit COVID-19. Syahril Hirman yang juga Pegawai Sains di Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) UniSZA telah bertarung nyawa di wad...

3,742 Penduduk Setiu pelbagai kategori terima bantuan

SETIU, Prihatin dengan nasib penduduk, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir terus aktif menghulurkan sumbangan kepada yang terkesan akibat Sekatan Pergerakan Penuh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sejak seminggu lalu, pihaknya mengagihkan bantuan ke seluruh kawasan Setiu melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Batu Rakit, Langkap, Permaisuri dan Jabi. Shaharizukirnain melalui laman Facebook rasminya berkata, beliau selesai sudah mengagihkan sumbangan...

Cucuk vaksin kerana rindukan anak cucu

HULU TERENGGANU – ”Anak ‘kabo’ kalau nok jupe (jumpa) macam dulu, kena cucuk vaksin, baru selamat,” ujar Rashid Kassim, 76, dari Kampung Jerangau Barat. Dia yang rela hati untuk hadir bagi menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac berkata, ia merupakan satu jalan paling selamat untuk membolehkannya bertemu semula anak-anak serta cucu yang sangat dirindui. “Dalam keadaan sekarang ni, insya-Allah hanya ikhtiar...

Terengganu perkenal program suntikan vaksin di rumah

KUALA TERENGGANU - Terengganu terus mengiatkan usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi kepada seluruh rakyat di negeri ini dengan pelbagai pendekatan termasuk memperkenalkan program vaksin ke rumah. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, Program Vaksin Mobile Warga Kuala Nerus telah dijalankan bagi memudahkan urusan pesakit yang terlantar mendapatkan suntikan vaksin di rumah mereka. "Program...

Harungi pandemik dengan takwa

KUALA NERUS - Hanya dengan sifat takwa, manusia akan dapat mengharungi dan menyelamatkan diri dalam perjalanan kehidupan di dunia bahkan di akhirat nanti. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, dunia melihat bagaimana orang ramai pada hari ini, menyuarakan kesusahan dan kepayahan hidup, disebabkan pandemik Covid-19. "kita menghadapi ujian hampir setahun berlalu, masuk tahun ke...

Covid-19 Melaka | 8 kes kematian, 6 dari Daerah Melaka Tengah.

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 5 Jul : Sebanyak lapan kes kematian baharu direkodkan hari ini dengan enam daripadanya dikesan di Daerah Melaka Tengah, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKNM, enam kes yang dikesan di Daerah Melaka Tengah itu masing-masing dua kes direkodkan di Mukim Bandar Melaka dan...