Pusat Khidmat DUN Temangan cakna penduduk terjejas ribut dan tanah runtuh
TEMANGAN, 18 Jul: ADUN Temangan, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan melaui Pusat Khidmat DUN Temangan mengambil cakna keadaan penduduk sekitar Temangan yang terjejas akibat ribut dan tanah runtuh. Pembantu Khas ADUN Temangan dan Bendahari Pusat Khidmat DUN Temangan mewakili ADUN Temangan, memantau dan melihat beberapa buah rumah yang perlu diberi perhatian dan tindakan disebabkan ribut dan benteng tanah...
Program bantuan makanan asas Surau Al Falah dapat sambutan – Ustaz Zaimi
Oleh ZUL SHAM MAHAT MASJID TANAH, 17 Jul: Program bantuan makanan asas untuk penduduk sekitar yang julung kali dianjurkan oleh Surau Al Falah, Sungai Tuang, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan. Antara item yang disumbangkan termasuk barangan dapur seperti tepung, susu, nasi himpit segera dan juga diapers dengan lebih dari seratus pek telah disediakan. Bantuan ini turut mendapat sambutan dari luar termasuk...
ADUN Pasir Tumboh bersama AJK Pusat Khidmat DUN turun padang
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA PASIR TUMBOH, 18 Jul: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Khidmat DUN Pasir Tumboh, penghulu mukim, muslimat dan pemuda turun padang menyantuni penduduk dan menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semalam. Agihan bantuan berupa barangan makanan...
Ujian Saringan Covid19; syarat masuk Kelantan
Individu yang ingin masuk ke Negeri Kelantan perlu melakukan Ujian Saringan Covid-19 terlebih dahulu. Ujian tersebut perlu dilakukan di negeri asal dan 72 jam sebelum memulakan perjalanan. Syarat ini berkuatkuasa 17 Julai lalu.
UEC dalam pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
PAS ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Kanan Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah mengumumkan pengambilan Pegawai Pendidikan Gred DG41 seramai 18,702 orang pada 20hb Jun 2021. Pengambilan calon-calon guru ini telah bermula pada 7hb Julai 2021. Semoga pengambilan guru-guru ini akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Tahniah sekali lagi kepada KPM dan...
Persiapan bekalan makanan untuk penduduk PKPD di Selising
SELISING, 17 Jul: Pihak Pusat Khidmat DUN Selising hari ini telah membuat persiapan untuk mengagihkan bekalan makanan kepada penduduk yang menjalani PKPD di sekitar Selising. Bekalan ini merupakan hasil sumbangan masyarakat yang berjaya dikumpulkan oleh pihak PKD Selising. Dua lokaliti di Selising telah diisytiharkan pelaksanaan PKPD iaitu melibatkan kawasan Bukit Tanah dan Gong Jering. ADUN Selising, YB Tuan Saripudin, yang turut hadir membantu...
Menguntum ingatan, mewangi, santun dan budi; program bantuan peniaga kecil
PASIR PUTEH, 17 Jul: Pagi ini, bertempat di Pusat Khidmat DUN Selising, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail yang juga ADUN Selising, menyantuni peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja yang hadir untuk menerima sumbangan bantuan perniagaan. Sumbangan ini adalah kesinambungan daripada sumbangan Fasa 1 iaitu sumbangan kedai kopi. Tuan Saripudin mengucapkan terima kasih kepada penghulu-penghulu mukim yang terlibat dalam program ini atas keprihatinan...
Peningkatan kenderaan masuk ke Kelantan; sebelum nasi menjadi bubur
Mengejutkan apabila mendengar kenyataan yang dibuat oleh Polis Kelantan yang menyatakan berlaku peningkatan kemasukan kenderaan dari arah Utara dan Selatan ke negeri Kelantan. Bahkan kenderaan di dalam bandar Kota Bharu juga bersesak kerana rakyat mulai membuat persiapan Hari Raya AidilAdha. Masih ingatkah kes positif COVID-19 di negeri Kelantan pada bulan Mei yang naik secara mendadak selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri...
Pemasangan Portable Base Station (BTS) di Kampung Alor Tal
TUMPAT, 16 Jul: Kerja-kerja pemasangan Portable Base Station is Located (BTS) di Kampung Alor Tal sedang dilakukan pihak DIGI. ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan yang turut hadir meninjau kerja-kerja pemasangan tersebut menzahirkan rasa syukur atas pemasangan Portable tersebut. "Alhamdulillah berkat doa semua dan atas kerjasama DIGI dan Masjid Nur Hikmah, in Shaa ALLAH masyarakat setempat akan dapat menikmati...
Bantuan segera DUN Kota Lama kepada Masyarakat Tiong Hwa
KOTA BHARU, 15 Jul: MTD DUN Kota Lama telah menyampaikan bantuan segera kepada masyrakat Tiong hwa di sekitar DUN Kota Lama yang sangat memerlukan. Bantuan tersebut disampaikan oleh Mortazi Ismail yang merupakan Pengarah MTD DUN Kota Lama, bagi mewakili Yb Dato' Anuar Tan. Bantuan yang berbentuk barangan keperluan asas tersebut diberikan setelah menerima panggilan dari mereka yangg mememerlukan bantuan...