Dr. Wan Martina bergelar Senator
Oleh SUHAIZI KADIR KOTA BHARU, 24 Ogos: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini bersetuju memilih pengamal perubatan, Dr Wan Martina Wan Yusoff, sebagai Ahli Dewan Negara bergelar Senator mewakili Kelantan. Pencalonan Dr Wan Martina dikemukakan Menteri Besar, YAB Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob, selepas Speaker DUN Kelantan, YB Dato' Abdullah Ya'kub, mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara...
Pelancaran Kempen Bulan Kebangsaan DUN Wakaf Bharu
WAKAF BHARU, 23 Ogos: Pelancaran Kempen Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang DUN Wakaf Bharu 2021. #Merdeka #malaysiaprihatin2021 #KeranamuMalaysia
Kawasan terlibat PKPD terima RM20 ribu
Oleh CHE MAZIAH MAT KOTA BHARU, 25 Ogos: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM20 ribu, kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat dengan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kegunaan rakyat yang terkesan akibat COVID-19. “Kerajaan Negeri sentiasa membuat perbelanjaan mengikut kemampuan dan jumlah kewangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan tidak keberatan memberi peruntukan RM20 ribu kepada setiap DUN di kawasan...
Tiga destinasi pelancongan diperkasakan semula
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA KOTA BHARU, 25 Ogos: Dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan yang terhalang oleh pandemik COVID-19, hampir dua tahun beberapa kawasan sedang dibangun dan dimajukan semula untuk tarikan pelancongan pada masa akan datang. Destinasi pelancongan tersebut ialah Projek Warisan Kampung Laut, Zoo Kuala Krai dan Kolam Air Panas Tok Bok, Machang. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan...
Alumni KMKJ kunjungi YIK
Oleh SYED RIDUAN SYED KAMARUDIN TUNJUNG, 25 Ogos: Alumni Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) mengadakan kunjungan ke Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi membincangkan Program Ahlan Urdun 2021. Setiausaha Alumni KMKJ, Mohd Ismail Hassan berkata program yang bakal dianjurkan pada 3 hingga 4 September 2021 itu bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada mahasiswa untuk mendepani suasana kehidupan baharu di Jordan, secara atas...
Bantuan segera RM 2.79 Juta bagi membantu masalah air Berangan
Kenyataan Media Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman Bantuan Segera RM 2.79 Juta Bagi Membantu Masalah Air Berangan Kejadian paip pecah di dasar sungai yang menjejaskan bekalan air kepada rakyat di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus amat mendukacitakan. Kejadian kali ini berlaku pada lokasi yang berbeza daripada yang sebelum ini. Jawatankuasa Siasatan masih membuat siasatan untuk kes pertama yang lalu dan saya...
Penghargaan Atas Jasa dan Bakti Ustazah Asmak Hussin
Ucapan Penghargaan Atas Jasa dan Bakti Ustazah Asmak Hussin sebagai Senator Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asmak binti Hussin atas bakti dan khidmat cemerlang sebagai senator bermula Julai 2018 sehingga Julai 2021. Ustazah Asmak yang merupakan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun DMPM menjadi contoh tauladan kepada wanita-wanita Malaysia dari segi kepimpinannya, kecekapannya dan keperibadiannya....
Dr. Wan Martina, Senator Baharu
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Hjh. Wan Martina Wan Yusoff atas pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Kelantan semalam. Pengamal perubatan yang berasal daripada Kelantan ini merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD), Naib Pengerusi Konfederasi NGO Negeri Kelantan dan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan Wanis. Pencalonan beliau telah dikemukakan oleh YAB Dato'...
Taliban yang beristiqamah dan berubah
Minda Presiden PAS TALIBAN YANG BERISTIQAMAH DAN BERUBAH Perkataan Taliban dalam bahasa Pashto bererti pelajar, dikenali dengan kumpulan pelajar agama. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Almarhum Mulla Umar Mujahid (1959-2013) bersama rakan-rakannya di wilayah Kandahar yang terletak di selatan Afghanistan. Beliau dibaiah menjadi Amir (Ketua) Taliban pada tahun 1994. Mereka ialah kumpulan pelajar agama yang mengikuti sistem pengajian Deoband di India yang bermazhab...
Pasukan YB PAS Dun Pedu turun lagi ke misi bencana Yan
Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN Yan: Yang Berhormat Mohd Radzi Md Amin dan pasukan bencananya turun ke Yan pada petang semalam, 23 Ogos 2021. YB turut kongsikan pengalaman beliau dan pasukan. "Marin (semalam) hari kelima pasukan membersihkan kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. Pasukan Dun Pedu turut membawa alatan untuk mencuci kawasan. Ada yang tembak selut dengan air bersih, ada yang angkat barang , cuci dan...