Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Padang Terap luangkan masa bersama anak muda, bincang isu dan masalah setempat Kg Baru Padang Sanai

226
SHARE

ALOR SETAR, 5 JULAI 2023-YB Ustaz Nurul Amin, Ahli Parlimen Padang Terap luangkan masa bersama anak muda, bincang isu dan masalah setempat Kg Baru Padang Sanai.

Tidak hanya berbual kosong, malah YB Ustaz Nurul Amin mengambil kesempatan yang ada dengan menziarahi anak muda di Dangau Kg Baru Padang Sanai bagi membincangkan isu setempat.

Terdapat 4 isu penduduk Kg Baru Padang Sanai iaitu masalah pembuangan sampah, kecurian getah sekerap, anjing liar berkeliaran dan pemanduan kereta yang laju daripada negeri Thailand.

YB menyatakan yang beliau akan memasukkan isu tersebut dalam senarai tindakan beliau.

“Isu-isu yang dibangkitkan saya masukan dalam senarai tindakan saya untuk dibantu sebaik yang boleh.Apa yang penting, saya mesti tahu permasalahan rakyat tidak kira berjumpa di mana sahaja.”

Sebelum bersama anak muda, beliau menghadiri Piala Liga Super Terengganu vs Kedah malam tadi di Kg Baru Padang Sanai bersama penduduk kampung.