Home Kenyataan Media PAS Kedah

Hina Tuan Guru Presiden,Natijah Reaksi Negatif PH Terhadap Perpaduan Ummah

1,320 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan seorang individu bernama Kam Teik Joo yang memuat naik gambar menghina Tuan Guru Presiden PAS dalam ruang komen didalam facebook yang merujuk kepada isu perpaduan ummah PAS dan UMNO.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bimbang situasi membakar api perkauman berlaku kerana banyak kenyataan para pemimpin PH yang menyemai kebencian dan persepsi negatif terhadap penyatuan ummah dikalangan masyarakat.

Sebagai contoh kenyataan Timbalan Presiden PAN yang menyebut bahawa penyatuan ummah perlu diberhentikan kerana menyemarak politik perkauaman.Begitu juga kenyataan dalam sidang Dun Perak oleh Exco Agama Perak YB Asmuni Awi yang menyifatkan penyatuan ummah menyuburkan budaya takfiri.

Ini belum lagi dilihat kenyataan para pemimpin PH dari kalangan DAP yang banyak memberikan reaksi dahsyat dengan label yang tidak rasional seperti Taliban, Isytihar Perang dan sebagainya.

Seharusnya , semua pihak terutama pihak kerajaan perlu memandang positif dan menerima dengan penuh rasional terhadap perpaduan ummah yang sebenarnya telah mengukuhkan pola perpaduan didalam negara kita.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berharap laporan polis yang di buat oleh PAS Kawasan Baling, Dewan Pemuda PAS Baling dan beberapa NGO Islam terhadap individu yang membuat komen menghina Tuan Guru Presiden PAS dalam facebook , diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Penyatuan umat Islam merupakan suatu rahmat daripada Allah kepada masyarakat yang perlu diperkukuhkan sehingga perpaduan negara lebih kuat dan harmoni.

YANG BENAR,

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.