Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tajdid niat tajdid iman dan amal

3703
SHARE

Tajdid niat tajdid iman dan amal

1. Allah swt berfirman

(وَمَاۤ أُمِرُوۤا۟ إِلَّا لِیَعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَ حُنَفَاۤءَ وَیُقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَ ٰ⁠لِكَ دِینُ ٱلۡقَیِّمَةِ)
[Surat Al-Bayyinah 5]

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

Ayat di atas menetapkan bahawa setiap amal ibadah mestilah diniatkan ikhlas kerana Allah semata-mata.

2. Justru, menjelang Ramadhan ini, keutamaan seorang hamba Allah ialah memperbaharui niat dan iman agar amal soleh yang dirancang untuk dilakukan pada Ramadhan ini diterima Allah dan membuahkan taqwa.

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan) tergantung niatnya). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya) kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. (Hadith Muttafaq alaih)

3. Mari kita mulakan segala amal dengan perbetulkan niat kerana Allah swt, atas dasar iman yang sahih mengharapkan redhaNya dan pertemuan denganNya di akhirat nanti.

4. Niat yang benar ini dapat membezakan puasa dan amal kita dengan adat kebiasaan. Tanpa niat yang benar, amal hanya pada zahir tetapi tidak dinilai sebagai amal soleh dan tidak peroleh pahala.

Tinta Hijau
Dr Ustazah Wahibah Tahir
Ketua Pengarah
Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (#APSA)