Home Berita PAS Johor

‘Hina Nabi adalah jenayah!’ – Muslimat-Wanita Labis

821
SHARE

‘Hina Nabi adalah jenayah!’ – Muslimat-Wanita Labis

‘AISYAA YASMIN

LABIS: Muslimat PAS Kawasan dan Wanita Umno Bahagian Labis telah membuat laporan polis berikutan siaran karikatur di Facebook Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Laporan ini dipimpin Ketua Muslimat PAS Labis, Ruzana Misman dan Ketua Wanita Umno Labis, Haslinda Salleh dengan diiringi anggota kedua pihak di Balai Polis Labis, di sini petang semalam.

Gesa Ruzana, pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara mesti mengambil tindakan tegas terhadap supaya menjadi isyarat bahawa penghinaan agama seperti ini adalah jenayah.

Tegasnya, perbuatan seperti ini sama sekali tidak boleh dikompromi di mana pihak polis mesti segera menahan dan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun itu serta pihak yang sengaja melakukan provokasi seumpama.

Sementara itu, Haslinda turut menggesa agar pelaku yang memuat naik penghinaan itu di Facebook Kiub Batu Itu Berhala disabitkan ke pertuduhan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan diberi hukuman berat. – HARAKAHDAILY 26/7/2019