Home Fastaqim

Perubahan Politik Tugas Seluruh Rakyat Malaysia

895
SHARE

Perubahan Politik Tugas Seluruh Rakyat Malaysia

Oleh : Zaim As-Sibaie

Kuala Nerus, 30 Sept – Perubahan politik tidak hanya milik parti politik, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr. Samsuri Mokhtar.

“Kita mahu basmi segala kepercayaan yang mengatakan bahawa perubahan hanya tugas parti politik, ia ternyata tugas semua pihak,” ujarnya lagi.

Beliau menyatakan penubuhan Gagasan Sejahtera berbeza dengan pakatan politik lain kerana misinya membuat perubahan bersama, tidak kira parti politik, NGO, pemimpin masyarakat, para cendekiawan, ulama’ dan individu-individu di dalam masyarakat.

“Ini adalah cara fikir baru untuk rakyat,” tegasnya ketika menyampaikan ucapan di malam kemuncak Fastaqim 2.0.

Beliau juga turut berharap mesej ini sampai kepada semua rakyat demi perubahan masa depan bersama.