Home Kenyataan Media PAS Kedah

Himpunan Pemuda PAS terbesar, Kedah bersiap sedia

1209
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
21 Januari 2020

Himpunan Pemuda PAS Terbesar, Kedah bersiap sedia

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersiap sedia sebagai tuan rumah bagi himpunan terbesar pemuda PAS iaitu Program Himpunan 30k Pemuda PAS Istiqomah (HIMMAH) pada 29 Feb 2020 di Kompleks PAS Kedah yang akan berlangsung pada sebelah pagi sehingga tengahari.

2. Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia tersebut akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan pimpinan-pimpinan utama parti peringkat negeri dan pusat.

3. Himpunan HIMMAH akan bermula pada waktu pagi dengan acara konvoi motor besar-besaran, diikuti dengan Pidato daripada pimpinan pemuda Malaysia dan negeri dan diakhiri dengan taujihat daripada Presiden PAS.

4. HIMMAH membawa mesej besar kepada masyarakat bahawa segala kemelut dan permasalahan hidup rakyat , masalah ekonomi, kemelut kepimpinan parti memerintah perlu meletakkan Islam sebagai formula terbaik sebagai penyelesai, dan ini akan dicapai apabila rakyat menolak PH melalui komitmen jitu terutama dari para pemuda yang istiqamah.

5. Justeru itu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengajak semua para pemuda dan semua lapisan masyarakat untuk hadir beramai-ramai dalam menyatakan sokongan kearah perubahan dalam pentadbiran negara kita khususnya di Kedah dengan menjadikan Islam sebagai jalan penyelesaian.

” Demi Islam ”

Yang Benar,

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah