Home Artikel PAS Pahang

Adun Beserah edar baulu sempena Tahun Baru Cina 2020

410
SHARE

 

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Beserah tidak melupakan masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina 2020 dengan turun menyantuni masyarakat tersebut.

 

Diketuai Adun Beserah Andansura Rabu, menghabiskan masa selama dua hari untuk bertandang ke empat lokasi entiti tersebut. Malah, itulah yang dilakukannya beliau sejak bergelar Wakil Rakyat kawasan berkenaan pada 2013.

 

Andansura yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang memilih Pasar Pagi Taman Angkasa Air Putih sebagai lokasi pertama untuk edaran baulu kepada pengunjung Tionghua sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2020 itu.

 

Kemudian, Andansura yang juga Yang Dipertua PAS Indera Mahkota beranjak ke lokasi kedua untuk mengedarkan baulu sekitar deretan kedai dan restoran Jalan Air Putih. Beliau turut bertanya khabar sambil menyampaikan angpau dan mengucapkan Gong Xi FaCai kepada mereka.

 

Andansura dan petugas Pusat Khidmat Dun Beserah berkunjung pula ke Kampung Cina Beserah dan sekitar SRJKC Kong Ming bagi tujuan edaran baulu sempena Tahun Baru Cina.

 

Lokasi terakhir edaran baulu sempena Tahun Baru Cina berlangsung di tapak pasar malam Taman Sentosa Air Putih, bagi menyempurnakan tugasan.

 

Tidak dapat dilupakan, Adun Beserah mendapat sambutan mesra serta dialu-alukan, jauh sekali dilihat daripada wujud bibit-bibit perkauman.