Home Artikel PAS Perak

HIMMAH 12K Berjaya Capai Sasaran

225 views
SHARE
IPOH: Bandar Meru Raya Ipoh menjadi saksi lautan manusia memenuhi Himpunan Perak Istiqamah.
Jumlah kehadiran melebihi sasaran yang ditetapkan. Himpunan tersebut membuktikan komitmen padu tanpa berbelah bahagi dari pendokong dan penyokong PAS di Negeri Perak.
Demikian menurut Pengarah HIMMAH 12K, Ustaz Hafez Sabri dalam kenyataanya selepas berlangsungnya HIMMAH 12K di Padang Meru Raya, Ipoh, 3 Februari lalu.
“Saya ingin mengambil ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS negeri Perak kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi pengarah kepada himpunan ini.
“Kepada Dewan Pemuda, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, PAS kawasan-kawasan dan seluruh platform yang berada di bawah PAS, terima kasih atas komitmen tinggi yang diberikan bagi menjayakan program ini.
“Buat seluruh jawatankuasa dan petugas HIMMAH12K, kalian adalah yang terbaik kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan himpunan berskala besar ini.
Menurutnya permohonan keahlian baru PAS yang didaftarkan semasa himpunan semalam juga di luar jangkaan bahkan jumlah kutipan sumbangan dari seluruh hadirin sebanyak RM RM32,680.96
Beliau berkata ikrar menuju kemenangan PAS Perak yang dilafazkan di hadapan Tuan Guru Hj Abdul Hadi membuktikan komitmen, kejituan dan kesungguhan bersama memenangkan PAS Perak di semua kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang ditandingi dalam PRU 14.