Home Artikel PAS Perak

Amilin Wajib Mempertahankan Islam

134 views
SHARE
IPOH: Kini umat Islam berada di zaman penuh ancaman dan fitnah. Amilin Wajib berjuang mempertahankannya. Ingatlah pesanan ilahi seperti firmannya dalam Surah An-Nisa 104-105.
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
-Sura An-Nisa’, Ayah 104.
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
-Sura An-Nisa’, Ayah 105.
Allah mengajar manusia agar patuh dengan perintahNya dalam AlQuran, sekiranya kita tidak mampu melaksanakanNya janganlah menjadi penyokong atau pembela kepada mereka yang mengkhianati dan ingin menghancurkan ajarannya.
Ucapan bersemangat tersebut disuarakan oleh Adun Gunong Semanggol, YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan di Himpunan Perak Istiqamah HIMMAH 12K, 3 Februari lalu.
Katanya, perhimpunan H12k di Meru Raya Tambun Ipoh adalah bukti usaha keberjayaan mengumpulkan lebih 12K amilin.
“Tujuan utama Amilin 12k berhimpun malam ini bagi menyatakan kesediaan menggalas tugas dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi, mendokong PAS serta pimpinannya yang diketuai oleh Presiden PAS.
“Semua amilin 12k mesti bersiap sedia menerima segala arahan pimpinan PAS serta melaksanakanya bagi menggerakkan Jentera mempersiapkan kemenangan PRU14.
“Mewakili ADUN PAS Perak di 5 kerusi yg PAS menang pada PRU13, hari ini hanya tinggal 4 kerusi mengharapkan agar semua amilin 12k  mengeratkan hubungan ukhuwah sesama amilin untuk terus bekerja dan patuh pada setiap arahan untuk kekalkan kerusi yang menang dan berusaha sedaya upaya untuk menambah sebanyak kerusi DUN yang PAS tandingi,” tegas beliau.
Zawawi berkata dengan tagline “PAS Memimpin Perubahan” bagi Negeri Perak, Amilin 12K PAS Perak mesti menggerakkan gelombang pecutan akhir untuk pengundi luar dan tempatan yang berdaftar dalam negeri Perak dengan gelombang.