Home Artikel PAS Perak

Islam Mengutamakan Pendamaian Dari Peperangan

139 views
SHARE
IPOH: Dunia menyaksikan kegagalan ideologi-ideologi yang bukan Islam. Di abad yang lalu keruntuhan komunisme negara Soviet Union besar hancur lebur, begitu juga China terpaksa mengubah dasar dan konsep kepada komunisme lebih bebsa ekonominya mengadakan hubungan dengan dunia.
Minggu lalu telah menyaksikan Kongres Amerika tidak meluluskan bejet hampir-hampir tidak mampu membayar gaji pegawai kerajaan.
Negaranya kaya kerana ahli-ahli kongresnya parti lain, Presidennya parti lain. Amerika dikacau oleh politik kebendaan, politik wang, politik yang dikuasai media sosial menjadi celaru pemikirannya.
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyuarakan ketegasan itu dihadapan seluruh ahli PAS di Himpunan Perak Istiqamah HIMMAH 12K, 3 Februari lalu di Padang Meru Raya, Ipoh.
“Sudah tiba masanya kita selamatkan negara dengan Islam ini bukan angan-anagan mat jenin tapi ini adalah kenyataan dalam Al-Quran. Pernah sekali Presiden Singapura Mendiang Lee Kuan Yu menjemput saya sebagai wakil pimpinan PAS.
“Dihubungi oleh pegawai Kedutaan Singapura untuk datang ke Rusila Terengganu namun saya memohon pertemuan diadakan di Kuala Lumpur.
“Beliau bersama pasukan menteri kanan dan pensyarah dan saya membawa beberapa orang sahabat pimpinan PAS lalu dia bertanya berkaitan apakah konsep Islam dalam memerintah negara.
Tegas Tuan Guru, perkara tersebut menunjukkan bahawa tidak mustahil Islam boleh memerintah sebuah negara ini orang bukan Islam.
Beliau menyatakan bahawa dia menjelaskan kepada mendiang ketika itu, Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap sejak zaman nabi Muhammad sehingga akhir zaman.
Justeru, sekiranya PAS memerintah Malaysia dengan Islam, PAS tidak membaca peta 100 tahun yang lalu tetapi PAS akan membaca peta Malaysia dan Asia Tengggara pada masa kini.
“Wujudnya masyarakat majmuk Islam adalah agama yang adil untuk semua dan memberikan hak kepada semua.
“Islam mendahulukan pendamaian daripada peperangan kerana kita perlu memperkenalkan Islam dari dekat kepada orang bukan Islam.
“Kita tidak paksa mereka masuk Islam maka mereka boleh anuti agama masing-masing bahkan Islam sendiri pernah memerintah kesungguhan Islam dalam memerintah negara malangnya umat Islam sendiri tidak faham,” jelasnya.