Home Uncategorized

Hidupkan Idul Fitri dengan Budaya yang Diredhai Allah

894
SHARE

PERUTUSAN IDUL FITRI 1440H KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI KEDAH

HIDUPKAN IDUL FITRI DENGAN BUDAYA YANG DIREDHAI ALLAH

Segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga, para sahabatnya.

Berakhirlah kini Ramadan dan tibalah Syawal untuk diraikan sebagai tanda kemenangan ummat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.

Hari raya Idul Fitri yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya perlukan disambut dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta menjauhi perkara-perkara yang ditegah agama.

Tasbih, tahmid dan takbir menandakan kesyukuran terhadapNya agar hadirnya Syawal menghapuskan segala dosa-dosa kita yang telah lalu.

Sambutlah Idul Fitri dengan penuh kesederhaan, jauhi pembaziran dan ingatlah saudara seislam kita yang terpaksa meraikannya dalam keadaan serba kekurangan malah tidak kurang juga menyambutkan dalam suasana yang tidak aman.

Jangan cemari Syawal dengan budaya yang bercanggah dengan pengertiaannya. Hidupkan budaya kunjung mengunjung, saling bermaaf-maafan dan bukannya sibuk serta leka melayan telefon bimbit dan televisyen.

Kepada ibubapa, pantaulah pergerakan anak-anak. Hari raya bukanlah tiket kebebasan untuk menghalalkan pergaulan bebas, perpacaran ke sana sini sehingga melupakan pengertian madrasah Ramadan yang baharu sahaja berlalu.

Marilah sama-sama kita berusaha menjadi insan yang bertaqwa serta tunduk dan patuh kepada suruhan dan laranganNya selain berusaha melengkapi diri sebagai insan pilihan Allah yang bukan sahaja menang di dunia malah berjaya di akhirat kelak.

Justeru itu, saya mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan zahir dan batin kepada semua dan mudah-mudahan Syawal yang diraikan ini akan mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita dalam usaha untuk memartabatkan Islam.

Selamat Hari Raya Idul Fitri Minal Aidil Wal-Faizin.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
WALILLAH ILHAM

YB DATO’ USTAZAH SITI ASHAH GHAZALI
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI KEDAH