Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hentikan Keganasan Terhadap Wanita!

290
SHARE

Hentikan Keganasan Terhadap Wanita!

Oleh: Nadiah Saari

KUALA LUMPUR : Fenomena yang melibatkan keganasan rumahtangga dan gangguan seksual terhadap golongan wanita mutakhir ini dilihat agak merunsingkan sehingga menarik perhatian Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) untuk memberi solusi kepada permasalahan ini.

Ketuanya, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyatakan kebimbangannya terhadap keganasan rumahtangga sehingga ada yang membawa kepada kes si isteri terkorban akibat dari kemelut itu.

“Kemelut rumah tangga kelihatan semakin bertambah kritikal dengan peningkatan kadar perceraian bukan sahaja dalam kalangan pasangan yang baharu berkahwin, tetapi turut melibatkan pasangan usia matang atau dalam kalangan warga emas.

“Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu proaktif dalam membantu kaum wanita dan keluarga bagi menghadapi pelbagai cabaran dewasa ini,” ucapnya kepada muktamirat yang hadir dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60 tahun ini.

Beliau juga menyarankan agar pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri dapat memperkasakan modul yang sedia ada dan membangunkan modul kursus pasca perkahwinan dan modul kursus anak soleh kepada bakal pasangan dan ibu bapa dalam membantu mereka menginsafi amanah yang diberikan dalam usaha membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.

Selain itu, beliau juga menyeru kepada semua yang hadir supaya memainkan peranan penting dalam membela nasib mangsa yang teraniaya dan mendekati mereka tanpa mengira agama dan bangsa.