Home Berita PAS Melaka

Hayati konsep tolong-menolong disarankan khutbah Jumaat hari ini – KM Melaka

181
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 24 Sept: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Md Ali meminta agar saranan yang terkandung di dalam khutbah Jumaat pada hari ini berkaitan tolong-menolong diberi perhatian oleh semua pihak.

“Saya tertarik dengan tajuk khutbah Jumaat hari ini iaitu ‘Tolong Menolong Semasa Kesusahan’ sebelum menunaikan Solat Jumaat Masjid An Nur, Bandar Hilir, Melaka.

“Konsep tolong-menolong perlu ada dalam kehidupan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam tempoh yang mencabar akibat penularan pandemik COVID-19.

“Ingat, kita adalah Keluarga Besar Melaka,… berlindung dalam Melaka Rumahku,… bernaung pula dalam konsep inklusif ‘Keluarga Malaysia’,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian di dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau seusai solat Jumaat petang tadi.

“Saya turut menyampaikan sumbangan kepada pengerusi dan pegawai syarak masjid, selain menyerahkan Kit Makanan kepada ahli kariah Masjid An Nur.

“Sesuai dengan pengertian khutbah hari ini, lantas marilah sama-sama kita tolong menolong sesama insan!,” ujar Ketua Menteri Melaka itu lagi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Dato’ Che Sukri Che Mat dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Kredit foto : Facebook SULAIMAN MD ALI


PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.