Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia

943
SHARE

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia

Hari ini, internet merupakan medium yang banyak membantu urusan harian masyarakat dunia lebih-lebih lagi sebagai platform utama perhubungan masyarakat antarabangsa. Sehingga Januari 5, 2020, terdapat 4,437,215,927 (4+ bilion) pengguna internet merangkumi dunia.

Namun begitu, masih terdapat segelintir pihak yang menyalahgunakan internet .Mereka menjadikan internet sebagai medium untuk melakukan jenayah, ada yang ketagihan internet, gejala buli siber berleluasa, serta berlaku transaksi penipuan dalam talian.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyarankan agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam memastikan pengawalan penggunaan internet dan penggunaan alat teknologi masa kini dapat dikawal dengan baik dalam urusan harian.Bersamalah kita mengambil pengajaran daripada Firman Allah Swt dalam surah Al Hujurat ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Manfaatkanlah kecanggihan teknologi ini dengan menyebarluaskan kebaikan dan manfaat kepada orang lain khususnya dalam gerak kerja dakwah dan kebenaran Sama-samalah kita berazam menjadi rakyat Malaysia yang bijak dan berinformasi di samping menitikberatkan tanggungjawab kemasyarakatan. Selamat Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia.

“Klik dengan bijak, tidak pasti jangan kongsi”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia
17 Mei 2020 | 24 Ramadan 1441H