Home Berita PAS Selangor

Hari Memperingati Nakbah Palestin – Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

254
SHARE
May be an image of 1 person and text that says "HARIMEMPERINGATI NAKBAH PALESTIN 15 MEI 1948 15 MEI 2021 Nakbah Palestin yang lekat diingati pada setiap 15 Mei adalah bagi memperingati sejarah peristiwa hitam yang melanda "sya'ab Palestin" atau rakyat Palestin pada tahun 1948. Nakbah atau malapetaka diberi nama sebagai satu "sentapan' berterusan dalam jiwa rakyat Palestin dan seluruh dunia umat Islam. Tujuannya agar setiap generasi sepanjang zaman mengingati detik bencana pencerobohan dengan penubuhan negara haram Israel oleh pihak zionis antarabangsa laknatullah pada 15 Mei 1948. YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sijangkang"
Oleh : Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi

Pesuruhjaya PAS Selangor

Nakbah Palestin yang menjadi tanda dan kesan diingati oleh seluruh umat Islam pada setiap 15 Mei adalah bagi memperingati sejarah peristiwa hitam yang melanda bumi barokah, bumi Al-Quds, bumi rakyat Palestin dan umat Islam pada tahun 1948.

Nakbah atau malapetaka di ibaratkan sebegitu agar kesan peristiwa itu berterusan dalam jiwa rakyat Palestin dan seluruh dunia umat islam. Tujuannya agar setiap generasi sepanjang zaman mengingati detik bencana pencerobohan dengan penubuhan negara haram Israel oleh pihak zionis antarabangsa laknatullah pada 15 Mei 1948.

Sebagai umat Islam, apa yang berlaku kepada Palestin, ianya seperti menimpa sendiri kepada umat Islam. Sakit mereka di bumi Palestin, sakit jua bagi seluruh umat Islam.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor